This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, May 15, 2012

Melabur Dalam Pasaran Emas

EMAS, apa yang kita fikir jika kita tahu seseorang itu memiliki atau menyimpan banyak emas. Tidak kira dalam bentuk barang kemas untuk perhiasan atau dalam bentuk jongkong emas sebagai simpanan. Sudah tentu dalam hati kita akan berkata tentu orang ini banyak duit dapat membeli banyak emas.
Membeli emas untuk simpanan dan perhiasan sudah menjadi kebiasaan. Membeli emas untuk mendapatkan keuntungan mungkin baru bagi seseorang tetapi mungkin sudah tidak asing lagi pada seseorang. Dewasa ini emas mula menjadi satu sumber pelaburan untuk mendapatkan keuntungan yang berganda.

Bermula sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, harga emas sentiasa mengalami kenaikan harga sehingga kehari ini dimana masih lagi berada pada paras yang tinggi berbanding sepuluh tahun yang lalu. Menunjukkan bahawa pasaran emas mempunyai potensi yang baik bagi orang memanfaatkan peluang yang ada.

Sesiapa yang masih menyimpan emas yang dibeli pada sepuluh tahun yang lalu jika dijual pada hari ini amat besar keuntungan yang diperolehi. Inilah konsep asas pelaburan berbentuk emas. Berlainan dengan jual beli emas dilakukan di kedai-kedai emas. Mereka itu mengambil untung dari perbezaan harga yang dibeli dari pembekal dan dijual kepada pengguna dengan mendapat sedikit keuntungan.

Mereka juga akan mendapat keuntungan yang besar jika emas untuk dijual itu dibeli pada masa harga emas yang rendah dan dijual pada masa emas mengalami kenaikan harga. Apabila kita mengaitkan dengan pelaburan ini sudah tentu ia menunjukkan satu tempoh yang lama. Barulah ia dinamakan pelaburan.

Dalam setiap apa bentuk pelaburan yang dijalankan tidak dapat lari dari risiko. Cuma berbezanya dalam emas ini ia tidak sebesar pelaburan-pelaburan yang lain. Emas adalah sesuatu yang berharga. Nilainya tidak begitu tergugat walaupun mengalami kelembapan ekonomi. Berbeza dengan nilai matawang.

Kita boleh lihat sendiri nilai matawang dulu dan kini. Kalu dulu dengan seringgit kita dapat membeli sesuatu dan dengan seringgit pada hari ini apa yang kita dapat beli? Adakah sama benda yang dapat kita beli pada waktu dahulu itu? Sudah tentu jawapanya tidak sama. Tetapi kalu emas, kadar emas yang sama cuma nilai ia sangat berbeza.

Pelaburan emas memakan masa yang lama. Cuma risiko ia tidak begitu besar. Ia seakan kita membeli saham ada waktu harganya naik dan ada masa harganya juga turun. Berbeza dengan emas ini kita memiliki emas itu cuma harga emas itu mengalami perubahan. Kalau saham pula kita mempunyai apa? Risiko juga besar kerana ia bergantu pada prestasi syarikat yang mengeluarkan saham tersebuat dan persekitaran yang mempengaruhi syarikat tersebut termasuklah keadaan ekonomi semasa.

Friday, February 3, 2012

Jumaat 3.2.12

Tak ada apa yang nak dicerita pun sebenarnya. Tapi ini lah bila dah jadi pendidik kan. Berjawatan penyelaras tingkatan pula tu. Dua masa sebelum tamat waktu persekolahan pada hari ini badan disiplin melaksanakan tugas untuk membentuk keperibadian murid. Untuk tahun ini buat kali pertama "sport chek" dijalankan.

Habis semua kepala murid aku potong rambut. Bukan apa, nak bendung murid yang banyak nak menjadi samseng sikit. Rambut pun berbagai fesyen tambah lagi yang lelaki bewarna pula rambut. Penyelia petang pun turut sama dalam operasi ini. Apa yang diharapkan murid lebih berdisilin dan mempunyai sahsiah yang cemerlang.

Moga Allah memberkati usaha kami membentuk manusia kearah kecemerlangan.

Thursday, February 2, 2012

02.02.2012

Dah bulan dua dah tahun 2012 ni. Cepatnya masa berlalu sehingga tak sedar pun ia berlalu. Masa memang tak menunggu kita ini. Apakah yang dah aku lakukan pada masa-masa yang lalu? Bermanfaat atau tidak? Berguna atau tidak? Atau ia hanya suatu masa yang sia-sia.

Apakah yang telah aku laburkan untuk keuntungan pada hari audit terakhir aku nanti?

Saturday, August 13, 2011

Hanya $20 dapat $200 sehari sekarang !!!

Lumayannya.. sudah tentu kita pernah melihat artikel iklan seperti yang saya copy dibawah ini. Kalau buka facebook selalu sahaja lihat iklan dok promote. Buat duit tu.. Mudah pulak tu..
Hanya $20 dapat $200 sehari sekarang !!! 
Lihat bukti penyata Maybank2u di wall saya sekarang !!! Bukan Skim Cepat Kaya , Tetapi ianya satu alternative utk kita mencari pendapatan tambahan hanya dgn mempromosikan link kita sendiri di dlm mana2 social networking yg kita join ( Facebook, Myspace, Tw...itter, Friendster dll.) Pengguna Facebook di Malaysia adalah 9.32 juta orang , Bayangkan berapa ramai yg akan join anda hanya dgn modal permulaan RM20 sahaja…Ari ni dapat lagi RM300 ... bestnyer.. DUIT RAYA ……….!!.. DUIT RAYA ……!!! ………..DUIT RAYA …..!!! Hanya RM20 sahaja ! Kejap2 org sms dah masukkan duit , Kejap2 org sms lagi masukkan ke akaun kita … Sangat mudah ..Masa makan org sms masukkan duit ..Masa shopping org sms masukkan duit ...Masa nak tido org sms masukkan duit .... 24 jam ... Bebas masalah ...Esok nak g ATM cek duit lagi... - Tak perlu jumpa orang - Tak perlu jual produk - Tak perlu cari orang , malah org akan cari kita utk join sama .. - Kerja kita hanya promote link sahaja … - Dapat RM300 hingga RM900 seminggu - Duit masuk tanpa henti ke akaun kita Daftar sekarang .... !!! -->> CARA MENDAFTAR ( Semudah 1 , 2 & 3 ) <<--- 1) Layari : www.modal20dapat200sekarang.tk 2) Klik : ‘ Daftar Di Sini ‘ ( Pastikan penaja anda ‘okcc2u’ ) 3) Logon dan klik ‘ aktifkan keahlian anda ‘ PERINGATAN !!! JIKA PENAJA ANDA BUKAN ‘ OKCC2U ‘. JANGAN TERUSKAN PENDAFTARAN ANDA KERANA IANYA SPAM . SMS : *** – ******* UTK PERTANYAAN SEGERA. FAKTA : AHLI YG TELAH MENDAFTAR ADALAH BARU 63,000 ORANG, PENGGUNA FACEBOOK DI MALAYSIA ADALAH 9.36 JUTA ORG..FIKIRKAN POTENSI INCOME ANDA..ANDA INGIN MENJADI YG TERAWAL ATAU YG TERAKHIR ?? RENUNG-RENUNGKAN...LANGKAH ANDA HANYA RM20 YG BAKAL MERUBAH STATUS KEWANGAN ANDA SEKARANG ...
Senangnya mendapat untung bukan. Setelah mendaftar, hanya tunggu duit masuk sahaja.
Persoalannya adakah ini suatu bentuk perniagaan? Apakah barangan yang dijual? Tiada barang yang diniagakan masakan boleh berlakunya akad jualbeli. Terfikir juga sebab dulu pernah juga ingin mencuba. Tetapi alhamdulillah belum terbuka hati untuk menyertainya.

Banyak persoalan lagi timbul dalam hati ini. Halalkah ini.? Tiada urusan jual beli pun boleh dapat untung. Hanya beberapa langkah yang diperlukan dan berpeluang mendapat untung yang lumayan. Daftar-Promote-Terima bayaran. Lagi banyak yang menjadi downline, lagi banyak bayaran masuk ke akaun bank. Maknanya siapa yang mula dulu banyak lah dia dapat kumpul bayaran dari downline.

Kalau diperhatikan ia seperti mengambil kesempatan terhadap orang lain. Walaupun RM20 itu nampak kecil, tapi sanggupkah anda jika kerana RM20 ini anda dibakar dalam api neraka?

Bukan apa, dikuatiri urusan yang dikatakan perniagaan online tidak halal disisi Islam. Seperti yang kita tahu, Jualbeli dalam Islam ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi barulah dia sah. Pertamanya rukun jual beli itu sendiri iaitu penjual, pembeli, barang yang dijual dan aqad jualbeli beserta dengan penyerahan barang pada waktu aqad. Tidak cukup rukun tidak sah jualbeli tersebut.
Jualbeli juga mesti tiada unsur lain yang tidak jelas yangmana ia boleh merosakkan aqad. Aqad yang dilakukan mestilah jelas. Tiada unsur-unsur yang meragukan yang mana boleh membawa terjadinya penipuan. Apatah lagi kalau ia berbentuk riba. Jelas ia haram.

Persoalan yang mesti dititik beratkan disini adalah, adakah perniagaan seperti ini betul perniagaan yang bertepatan dengan kehendak syarak? Selidikilah dahulu sebelum kita bermuamalat kerana dikuatiri ia membawa azab yang dasyat kelak diatas kejahilan kita sendiri. Sekadar renungan.
 

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers