Peredaran arus dunia amat deras berlalu. Dalam tak sedar, anak-anak yang kecil telah menjadi dewasa, yang dewasa pula berada di zaman tua dan yang tua hanya mengunggu detik penghujug usia. Telah menjadi lumrah kehidupan di dinia ini setiap permulaan ada penghujungnya.
Adapun setiap agama ada menbicara tentang dosa dan mejadi larangan setiap manusia itu dari melakukan dosa.
MENGAPA? Tanyalah diri kita mengapa larangan melakukan dosa itu menjadi suatu larangan dalam setiap agama. Kita dianugrahkan akal fikiran, maka fikirkanlah. Walau apapun, manusia ini tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang dianggap berdosa dari sisi agama.
Anak-anak muda di akhir zaman ini, amat sedih keadaannya, telah hanyut dibuai keseronokan dunia dan telah tersisih dari penghayatan agama. Apa sudah terjadi dengan kehidupan di akhir zaman ini? Sedikit petikan untuk tatapan umat Islam mahupun bukan Islam yang mempercayai dosa dan pahala serta adanya hari pembalasan di hari akhirat kelak.
:قال الله تعالي
{ إن الحسنات يذهبن السيئات }[Maksudnya:
Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan]
قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:
واتبع السيئة الحسنة تمحها[Rasulullah bersabda:
dan ikutilah kejahatan itu dengan mengerjakan kebaikan, supaya kebaikan itu dapat menghapuskannya (kejahatan)]
Berdasarkan keratan Al-Quran dan Hadith ini menggambarkan kita betapa mulianya agama Islam yang diwahyukan untuk sekalian manusia. Janganlah menjadi suatu penyesalan dan terus berputus asa akan kesilapan yang telah dilakukan di dunia ini lalu terus pasrah dengan dosa yang sering menghentui jiwa. Janganlah kita terushanyut dan membiarkan terus dihanyutkan oleh maksiat dan terus dibayangi dosa-dosa.
Allah s.w.t adalah yang Maha Pengampun dan akan mengampunkan segala dosa sesiapa yang memohon keampunan daripadaNya. Secara kasar, dari petikan wahyu dan sunnah di atas manyatakan dengan mengerjakan sesuatu kebaikan ia boleh menghapuskan dosa. Inilah sebenarnya gambaran yang menerangkan bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengampun. Di sini kita dapat lihat, hanya dengan melakukan kebaikan dapat menghapuskan dosa. Jadi, sekiranya kita sentiasa berdoa lagi ikhlas memohon keampunan kepadaNya, sudah tentu Allah s.w.t lagi mudah dan senang untuk memakbulkan doa dan mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar.
Yang jelasnya, agama Islam tidak pernah menyusahkan umatnya dalam semua keadaan. Yang menyusahkan adalah dikalangan umatnya sendiri. Memohon keampunan dari Tuhan Yang Esa tidak perlu untuk menyakiti tubuh badan kita cuma hanya perlu memanjatkan doa untuk memohon keampunan. Doa dipohon agar keampunan diterima. Dan doanya pula tidaklah hanya perlu untuk berdoa ditempat tertentu sahaja, bahkan doa boleh dipohon dimana-mana asalkan kita selesa dan lapang untuk ikhlas berdoa kepadaNya.
Akhir kata, Tiada dosa yang tidak diampunkan melainkan dosa-dosa besar yang perlu kepada taubat dengan sebenar-benar ikhlas menginsafi dosa yang dilakukan. Sekian.