This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Celoteh. Show all posts
Showing posts with label Celoteh. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Melabur Dalam Pasaran Emas

EMAS, apa yang kita fikir jika kita tahu seseorang itu memiliki atau menyimpan banyak emas. Tidak kira dalam bentuk barang kemas untuk perhiasan atau dalam bentuk jongkong emas sebagai simpanan. Sudah tentu dalam hati kita akan berkata tentu orang ini banyak duit dapat membeli banyak emas.
Membeli emas untuk simpanan dan perhiasan sudah menjadi kebiasaan. Membeli emas untuk mendapatkan keuntungan mungkin baru bagi seseorang tetapi mungkin sudah tidak asing lagi pada seseorang. Dewasa ini emas mula menjadi satu sumber pelaburan untuk mendapatkan keuntungan yang berganda.

Bermula sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, harga emas sentiasa mengalami kenaikan harga sehingga kehari ini dimana masih lagi berada pada paras yang tinggi berbanding sepuluh tahun yang lalu. Menunjukkan bahawa pasaran emas mempunyai potensi yang baik bagi orang memanfaatkan peluang yang ada.

Sesiapa yang masih menyimpan emas yang dibeli pada sepuluh tahun yang lalu jika dijual pada hari ini amat besar keuntungan yang diperolehi. Inilah konsep asas pelaburan berbentuk emas. Berlainan dengan jual beli emas dilakukan di kedai-kedai emas. Mereka itu mengambil untung dari perbezaan harga yang dibeli dari pembekal dan dijual kepada pengguna dengan mendapat sedikit keuntungan.

Mereka juga akan mendapat keuntungan yang besar jika emas untuk dijual itu dibeli pada masa harga emas yang rendah dan dijual pada masa emas mengalami kenaikan harga. Apabila kita mengaitkan dengan pelaburan ini sudah tentu ia menunjukkan satu tempoh yang lama. Barulah ia dinamakan pelaburan.

Dalam setiap apa bentuk pelaburan yang dijalankan tidak dapat lari dari risiko. Cuma berbezanya dalam emas ini ia tidak sebesar pelaburan-pelaburan yang lain. Emas adalah sesuatu yang berharga. Nilainya tidak begitu tergugat walaupun mengalami kelembapan ekonomi. Berbeza dengan nilai matawang.

Kita boleh lihat sendiri nilai matawang dulu dan kini. Kalu dulu dengan seringgit kita dapat membeli sesuatu dan dengan seringgit pada hari ini apa yang kita dapat beli? Adakah sama benda yang dapat kita beli pada waktu dahulu itu? Sudah tentu jawapanya tidak sama. Tetapi kalu emas, kadar emas yang sama cuma nilai ia sangat berbeza.

Pelaburan emas memakan masa yang lama. Cuma risiko ia tidak begitu besar. Ia seakan kita membeli saham ada waktu harganya naik dan ada masa harganya juga turun. Berbeza dengan emas ini kita memiliki emas itu cuma harga emas itu mengalami perubahan. Kalau saham pula kita mempunyai apa? Risiko juga besar kerana ia bergantu pada prestasi syarikat yang mengeluarkan saham tersebuat dan persekitaran yang mempengaruhi syarikat tersebut termasuklah keadaan ekonomi semasa.

Friday, February 3, 2012

Jumaat 3.2.12

Tak ada apa yang nak dicerita pun sebenarnya. Tapi ini lah bila dah jadi pendidik kan. Berjawatan penyelaras tingkatan pula tu. Dua masa sebelum tamat waktu persekolahan pada hari ini badan disiplin melaksanakan tugas untuk membentuk keperibadian murid. Untuk tahun ini buat kali pertama "sport chek" dijalankan.

Habis semua kepala murid aku potong rambut. Bukan apa, nak bendung murid yang banyak nak menjadi samseng sikit. Rambut pun berbagai fesyen tambah lagi yang lelaki bewarna pula rambut. Penyelia petang pun turut sama dalam operasi ini. Apa yang diharapkan murid lebih berdisilin dan mempunyai sahsiah yang cemerlang.

Moga Allah memberkati usaha kami membentuk manusia kearah kecemerlangan.

Saturday, August 13, 2011

Hanya $20 dapat $200 sehari sekarang !!!

Lumayannya.. sudah tentu kita pernah melihat artikel iklan seperti yang saya copy dibawah ini. Kalau buka facebook selalu sahaja lihat iklan dok promote. Buat duit tu.. Mudah pulak tu..
Hanya $20 dapat $200 sehari sekarang !!! 
Lihat bukti penyata Maybank2u di wall saya sekarang !!! Bukan Skim Cepat Kaya , Tetapi ianya satu alternative utk kita mencari pendapatan tambahan hanya dgn mempromosikan link kita sendiri di dlm mana2 social networking yg kita join ( Facebook, Myspace, Tw...itter, Friendster dll.) Pengguna Facebook di Malaysia adalah 9.32 juta orang , Bayangkan berapa ramai yg akan join anda hanya dgn modal permulaan RM20 sahaja…Ari ni dapat lagi RM300 ... bestnyer.. DUIT RAYA ……….!!.. DUIT RAYA ……!!! ………..DUIT RAYA …..!!! Hanya RM20 sahaja ! Kejap2 org sms dah masukkan duit , Kejap2 org sms lagi masukkan ke akaun kita … Sangat mudah ..Masa makan org sms masukkan duit ..Masa shopping org sms masukkan duit ...Masa nak tido org sms masukkan duit .... 24 jam ... Bebas masalah ...Esok nak g ATM cek duit lagi... - Tak perlu jumpa orang - Tak perlu jual produk - Tak perlu cari orang , malah org akan cari kita utk join sama .. - Kerja kita hanya promote link sahaja … - Dapat RM300 hingga RM900 seminggu - Duit masuk tanpa henti ke akaun kita Daftar sekarang .... !!! -->> CARA MENDAFTAR ( Semudah 1 , 2 & 3 ) <<--- 1) Layari : www.modal20dapat200sekarang.tk 2) Klik : ‘ Daftar Di Sini ‘ ( Pastikan penaja anda ‘okcc2u’ ) 3) Logon dan klik ‘ aktifkan keahlian anda ‘ PERINGATAN !!! JIKA PENAJA ANDA BUKAN ‘ OKCC2U ‘. JANGAN TERUSKAN PENDAFTARAN ANDA KERANA IANYA SPAM . SMS : *** – ******* UTK PERTANYAAN SEGERA. FAKTA : AHLI YG TELAH MENDAFTAR ADALAH BARU 63,000 ORANG, PENGGUNA FACEBOOK DI MALAYSIA ADALAH 9.36 JUTA ORG..FIKIRKAN POTENSI INCOME ANDA..ANDA INGIN MENJADI YG TERAWAL ATAU YG TERAKHIR ?? RENUNG-RENUNGKAN...LANGKAH ANDA HANYA RM20 YG BAKAL MERUBAH STATUS KEWANGAN ANDA SEKARANG ...
Senangnya mendapat untung bukan. Setelah mendaftar, hanya tunggu duit masuk sahaja.
Persoalannya adakah ini suatu bentuk perniagaan? Apakah barangan yang dijual? Tiada barang yang diniagakan masakan boleh berlakunya akad jualbeli. Terfikir juga sebab dulu pernah juga ingin mencuba. Tetapi alhamdulillah belum terbuka hati untuk menyertainya.

Banyak persoalan lagi timbul dalam hati ini. Halalkah ini.? Tiada urusan jual beli pun boleh dapat untung. Hanya beberapa langkah yang diperlukan dan berpeluang mendapat untung yang lumayan. Daftar-Promote-Terima bayaran. Lagi banyak yang menjadi downline, lagi banyak bayaran masuk ke akaun bank. Maknanya siapa yang mula dulu banyak lah dia dapat kumpul bayaran dari downline.

Kalau diperhatikan ia seperti mengambil kesempatan terhadap orang lain. Walaupun RM20 itu nampak kecil, tapi sanggupkah anda jika kerana RM20 ini anda dibakar dalam api neraka?

Bukan apa, dikuatiri urusan yang dikatakan perniagaan online tidak halal disisi Islam. Seperti yang kita tahu, Jualbeli dalam Islam ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi barulah dia sah. Pertamanya rukun jual beli itu sendiri iaitu penjual, pembeli, barang yang dijual dan aqad jualbeli beserta dengan penyerahan barang pada waktu aqad. Tidak cukup rukun tidak sah jualbeli tersebut.
Jualbeli juga mesti tiada unsur lain yang tidak jelas yangmana ia boleh merosakkan aqad. Aqad yang dilakukan mestilah jelas. Tiada unsur-unsur yang meragukan yang mana boleh membawa terjadinya penipuan. Apatah lagi kalau ia berbentuk riba. Jelas ia haram.

Persoalan yang mesti dititik beratkan disini adalah, adakah perniagaan seperti ini betul perniagaan yang bertepatan dengan kehendak syarak? Selidikilah dahulu sebelum kita bermuamalat kerana dikuatiri ia membawa azab yang dasyat kelak diatas kejahilan kita sendiri. Sekadar renungan.
 

Tuesday, October 19, 2010

Sukan sekolah

Erm.. nak becerita sikit jer ni.. Mulai hari selasa ini sampai hari khamis sekolah mengadakan sukan tahunan. Minggu lepas sukantara dua hari. Dua minggu ni asyik besukan jer.. Masa sukantara aku tengah menghadapi wabak selsema. Tapi alhamdulillah selsema pun selsema lah. Redah jer kan.
Mula-mula terasa pelik juga kenapa sampai ada dua kali sukan diadakan. Ngape agaknya yer? Selesai sudah sukantara lalu diadakan pula sukan tahunan. Peliknya pula dari kebiasaan kita sukan dilakukan diawal tahun. Tapi di sini hujung tahun pula. Tak tau nak cakap lah. Diberi tugas cuba ajalah buat seboleh mungkin. Saya budak baru belajar kan.

Sunday, October 17, 2010

Saja mau cerita

Aku dan kehidupan hari ini.

Meniti hari mencari pengalaman sebagai seorang pendidik. Mencari keyakinan diri menjadi seorang hamba. Mencari pedoman menuju jalan yang belum pasti perjalanannya. Luruskah? Bersimpangkah? Berlikukah? Atau mati jalan itu.
Melangkah kehadapan payah. Kekiri dan kekanan pun susah. Masakan pula kebelakang. Bergerak jua kerana masih ada akal dan kudrat. Jalan yang lurus mau jua berwaspada. Makhluk yang garang, jinak sebenarnya tetapi haram pula hukumnya.
Masa sentiasa berdetik termenung selalu berteman. Yang cuba dilupakan mengheret terarah sinaran mentari. Malam yang kelam bulan pula kunjung tiba. Ketetapan Tuhan pencipta sekalian alam. Syukurlah wahai manusia tunding tangan kearah diri.
Tembok batu retak benang tersimpul api pula bermaharajalela. Paya kering hujan turun selebatnya buat teratai berkembang mekar. Mengapa, Kenapa, tetapi dimana hati? Ketetap Tuhan dipersoal kufur nikmat atau ujian sebenarnya.
Hidup mesti terus mati noktah segalanya.

Thursday, May 7, 2009

Kisah Teladan

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT

Sedang kita masih merasai keamanan, Kesengsaraan menimpa mereka di Palestine,
Sedang bumi kita bermandikan hujan, Bumi Palestine pula dihujani peluru yang membunuh,
Sedang kita bermain air yang jernih lagi suci, Bumi Palestine pula dicemari darah penghuninya.

Dimanakah keprihatinan kita?
Sanggupkah kita memboikot semua ini? Tidak dapat tidak, Wajip kita cuba sedaya yang mampu walaupun sekadar memboikot. InsyaAllah, ALLAH Yang Maha Esa membatu kita dalam membantu orang yang sedang dianiaya. Ikhlaskan lah hati kerana ALLAH agar natijahnya memberi kesan kepada musuh Islam itu walaupun sedikit.

MARI BERJIHAD

Wahai umat-umat Islam dan saudara-saudaraku seagama yang menegakkan Islam. Marilah sama-sama kita kita bersatu berjihad menjulang keagungan Islam yang sici ini. Sama-samalah kita membantu saudara kita di Palestine yang sedang rakus nyawa mereka dibunuh oleh rejim zionis yahudi laknatulLAH. Bantulah saudarakita sedaya yang mampu walaupun hanya mampu memanjatkan doa kepada ALLAH yang Esa.


Bantulah saudara kita yang sedang berada di barisan hadapan untuk menetang musuh Islam yang gila kuasa untuk menghancurkan umat Islam.

Marilah kita menyucikan diri dengan menetapkan kita dengan panji ini. Tegakkan lah kembali kalimah suci ini. Sama-samalah kita menegakkan dengan penuh yakin mentauhidkan agama Allah. ALLAHU AKHBAR!!!

Thursday, November 20, 2008

Taring Pak Lah


Aper khabar semua! Erm... Mau atau tidak pun, Pak Lah tercatat dalam sejarah pun sebagai PM Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir. Just nak cakap sedikit sahaja tentang PM kita ni yang saya rasa nampak hebatlah jugak awal-awal dulu masa mula-mula ngambil alih tapuk pemerintahan dari Tun. Awal-awal dulu.. HIDUP PAK LAH!!!

Sekarang apa dah jadi? Pak Lah, oooooooo.. Pak Lah.. Try korang tengok apa yang aku jumpa lam website pada pic tu. PM kite tu. Hadoiiii, Malu aku rakyat Malaysia kalau betul lah apa yang berlaku macam dalam pic tu.

Whatever pun, ada hikmahnya zaman Pak Lah ni. Cuba kita fikir apa natijahnya kesan daripada pemerintahan Pak Lah. Orang kita [MELAYU] lemah, lalu nampaklah dua kaum yang mana Raja Muda Perak baru bagi peringatan agar jangan lupa sejarah tu. Makin naik toncang pulak mereka tu. Mana orang kita? Orang kita Zahid Ibrahim lah.. HaHaHaHa.. Bagus Zahid Ibrahim ni. Tapi tak tau lah kenapa orang MELAYU hangin ngan dia?

Apa pun aku nak cakap sebenarnya, Jangan lah kita LEMAH di tanah air sendiri. Jangan Sampai tergadai tanah pusaka datuk nenek kita, tumpah darah kita. Kemana perginya kegemilangan TANAH MELAYU? KESULTANAN MELAYU? MELAYU itu dimana sekarang ini? Itulah persoalan sebenarnya. Renungkan lah.

Thursday, October 30, 2008

Dilema Harga Barang

Di negara kita boleh dikatakan dah menjadi kebiasaan apabila naik jer harga minyak maka secara tidak langsung harga barangan lain juga mengalami kenaikan. Apa dah jadi sebenarnya ni? Sekarang harga bahan api yang digambarkan Emas hitam oleh pada zaman Rasulullah s.a.w kepada sekalian umatnya pada ketika itu, telah pun turun harga. Kenapa harga barang tak boleh turun juga? Harga barang dia pandai naik jer ker? Ngape la jadi macam tu, tak kesian ker mereka- mereka yang menaikkan harga barang tu dekat mereka-mereka yang memerlukan barang tu, termasuklah aku ni sekali. Tak bermoral betul.

Apa pun siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah kerajaan atau pengusaha atau pemborong atau peniaga atau pembeli? Adakah salah kerajaan yang tidak mengawal harga minyak yang membawa kepada bala kenaikan harga barang? Adakah salah pengusaha yang mengeluarkan minyak tidak memenuhi keperluan pengguna? Adakah salah pemborong termasuklah spekulator yang menyebabkan harga minyak melambong naik? Adakah pula penjual menaikkan harga barang kerana kos pengankutan yang meningkat sebagai alasan untuk menaikkan harga barang? Atau salah pembeli kerana tidak memilih barang lain walaupun sudah mengetahui harga barang sudah mahal? Banyak persoalan sebenarnya yang timbul perlu difikirkan untuk menilai apa yang seharunya dilakukan untuk menangani dilema kenaikan harga ini.

Mari kita mempersoalkan apa yang harus dilakukan oleh kerajaan. Pertama sekali kita perlu melihat apakah peranan kerajaan itu sendiri? Pada pandangan saya lah kan, kerajaan ini merupakan suatu elimen yang berperanan untuk menuteralkan sesuatu keadaan yang mana boleh dikatakan sebagai orang tengah untuk menstabilkan keadaan. Tidak boleh pada kerajaan untuk menyebelahi mana-mana pihak. Walau apa pun, kebajikan kepada rakyat seharusnya diberi keutamaan. Tapi boleh ker kerajaan ni mengawal harga seperti cadangan-cadangan yang pernah kita semua dengar selama ni? Pada saya kerajaan tak mampu pun nak lakukan semua tu. Apa ada pada Kerajaan? Siapa kerajaan sebenarnya? Nama sahaja Kerajaan, tapi yang buat kerja Manusia macam kita juga. Kalau manusia tu tidur macam mana? Tak jalan lah jawab dia kan.

Satu pekara lagi yang bukan kerajaan punya pasal tetai peniaga ngan pemborong itu sendiri. Dah memang kebanyakkannya hanya ingin mengejar untung sahaja. Dah tak fikir lagi akan masalah orang lain dan tak salah kalau dikatakan kebanyakan nya hanya mengejar kekayaan dunia. Pada saya walaupun paniaga dan pemborong itu dilihat berperwatakan seperti orang Islam, tetapi dia juga mengamal perkara yang sama menaikkan harga barang walaupun sememangnya keuntungan dah berlipat kali ganda. Semak balik, adakah dia tu betul-betul seorang yang berpegang kepada ajaran Islam.

Apa pun apakah langkah yang seharusnya dilakukan? Langkah kerajaan dah tentu amat penting untuk bertindak. Cuma cara untuk memaksa penurunan harga ini perlu dicari. Kalau macam harga barangan macam barang keperluan seperti daging, ayam, beras dan lain-lain yang mana kita boleh import, nak stabilkan harga benarkan jelah orang inport masuk biar ada lambakan dekat dalam negara, lama-lama turun lah harga dia. Tak gitu, bila penawaran dah melebihi permintaan jatuh la harganya. Orang dah tak banyak nak beli.

Cuma yang jenis monopoli ni yang sedikit masalah, contohnya leterik. Pada saya lah kan, sepatutnya ianya seharusnya dimilik kerajaankan. Kerajaan perlu mempunyai kepentingan dalam pengeluaran yang berstatus monopoli ini. Ngapa saya kata begitu ialah kerana untuk menjaga kepentingan rakyat yang amat memerlukan kepada kemudahan tersebut. Sekiranya tarif sentiasa naik tanpa ada penurunan susah juga tu orang yang berpendapatan rendah nak membayar bil. Misal kata jika dimilik kerajaankan masih boleh lagi kerajaan untuk menutup sekianya kos pengurusan meningkat, dengan mengambil sedikit hasil pendapatan kerajaan dari sumber yang lain. Bukan apa, untuk kepentingan rakyat semua. Sekiranya ia dimiliki syarikat persendirian, pada saya dah tentu semuanya untuk buat duit je ngan memaksimakan keuntungan je. Siapa yang tertindas? Rakyat juga. Hadoiiii.. Maca citer P. Ramli la pulak. "hidup susah, mati pun susah kene pegang bendera" hehehe... sekian.

Wednesday, October 29, 2008

Petai Dan Jering Online

Di zaman serba moden kini, tidak dapat dinafikan kerajaan yang perihatin masalah rakyat sepeti Malaysia amat perlu dicontohi. Pelbagai usaha telah dijalankan dengan melaksanakan beberapa dasar bertujuan untuk merapatkan jurang sosioekonomi rakyatnya yang berbilang kaum. Semua kaum tidak ketinggalan untuk merasai usaha pembangunan ini termasuklah Orang Asli yang masih diketogorikan asli di negara ini. Tidak tahu apakah signifiken kaum ini dilabelkan asli. Adakah orang lain tidak asli tetapi merupakan tiruan seperti barang-barang yang diimport dari Taiwan dan China. Fikirkanlah! Asli ke tiruan aku ni?

Apa pun, usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan ICT di negara ini sentiasa ditingkatkan. Telah banyak buah syarikat telekomunikasi tertubuh untuk mengembang pesatkan kemajuan pembangunan perkhidmatan ICT ini. Bagaimanakah kita boleh menggalakkan untuk menambahkan lagi minat orang asli bukan orang tiruan sepeti kita ini menggunakan kemudahan ICT atau lebih popular sebagai dunia tanpa sempadan.

Untuk meningkatkan pengetahuan penduduk orang-orang asli ini tentang IT agak-agak korang boleh ker? Berdasarkan pengamatan aku lah, kalau Pakcik Asli dalam picture tu agak susah la kot nak menerima dan mendapat hidayah untuk mengguna pakai kemudahan teknologi maklumat ni. Kang dia sumpit monkey yg tepapar dekat depan PC nanti. Mana tau la kan takut tersalah tekan keluar gambar monkey dekat skrin terus dia sumpit. Habis la PC jawabnya.

Tetapi pribahasa ada terbunyi "belakang parang kalau selalu diasah tajam jua akhirnya" cuma bila ada kemahuan di situ ada jalan. Mahu dengan tak mahu jer kan. Maka haruslah difikirkan bagaimana untuk menarik kemahuan Pakcik Asli dengan kaum kerabatnya sekali untuk berjinak dengan ICT ini? Lalu terfikirlah satu idea dalam kepala aku ini walaupun ianya murupakan idea orang lain asalnya.

Kita ini akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan atau mendapatkan apa yang kita suka. Jadi untuk menarik perhatian orang yang asli itu minat dengan IT kita hendaklah merelatekan kemudahan IT ini dengan apa yang mereka suka. Jadi ketika aku melalui jalan raya yang berdekatan dengan kawasan Orang Asli, selalu kita lihat di tepi-tepi jalan mereka mengantung petai, jering dan banyak lagilah untuk dijual. Apa kata kalau agen-agen yang menawarkan perkhidmatan streamyx ke, Broadband ke, pergi promote dekat mereka. Kata lah pada mereka bila ada internet dekat rumah senang lah mereka nak mengkormesilkan hasil petai, jering dan hasil-hasil hutan lain dekat seluruh dunia. Apa gunanyakan ada website seperti e-bay, alibaba, mudah.com dan sebagainya. Nanti senanglah orang lain nak cari pembekal petai ngan jering. Tak gitu. Nanti petai dengan jering pon boleh order online siap ngan penghantaran lagi.

Apa kata korang? Tak sia-sialah usaha kerajaan nak sediakan kemudahan wireless dekat seluruh ibukota nanti. Sekian bab petai dan jering online.

Aku Kepanasan

Jam yang berdetik ditanganku menunjukkan pukul 11.15 minit tengah malam dan bertarikh 29 Oktober 2008. Tengok jam dah larut malam tetapi aku masih lagi tak tentu arah. Nak tau suhu berapa dalam bilik aku ni takde la pulak jangka suhunya. Walaupun kipas telah sedaya upaya berusaha untuk berpusing selaju munkin, tetapi ia tidak berdaya untuk melawan bahang kepanasan global dalam bilik aku ini. Sudah dua malam keadaan begini melanda. Siang hari tu tak dikira lah. Tetapi malam ini amat panas aku rasakan.

Dengan itu tindakan drastik harus diambil untuk mengurangkan beban yang melanda ini. Apa lagi, lalu ku gapai sehelai kain yang ditugaskan untuk meresap air lalu aku kenekan kebadanku setelah aku menanggalkan segala pakaianku. Berkejarlah aku menuju ke sebuah bilik kecil di sudut penghujung rumahku. Tampa melengahkan masa lagi aku menerjah untuk melihat keadaan dalamannya. Terperanjat aku dibuatnya walaupun belum lagi aku sign in kedalamnya. Waw!! Ada air siooooott. Apa lagi, memang dah tak tahan dek kepanasan global ini. Lalu aku melucutkan tuala dan seterusnya aktiviti yang melampaui batas akan bermula.

Hehehe... Apa lagi, mandi la woooiiii...

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers