Di negara kita boleh dikatakan dah menjadi kebiasaan apabila naik jer harga minyak maka secara tidak langsung harga barangan lain juga mengalami kenaikan. Apa dah jadi sebenarnya ni? Sekarang harga bahan api yang digambarkan Emas hitam oleh pada zaman Rasulullah s.a.w kepada sekalian umatnya pada ketika itu, telah pun turun harga. Kenapa harga barang tak boleh turun juga? Harga barang dia pandai naik jer ker? Ngape la jadi macam tu, tak kesian ker mereka- mereka yang menaikkan harga barang tu dekat mereka-mereka yang memerlukan barang tu, termasuklah aku ni sekali. Tak bermoral betul.
Apa pun siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah kerajaan atau pengusaha atau pemborong atau peniaga atau pembeli? Adakah salah kerajaan yang tidak mengawal harga minyak yang membawa kepada bala kenaikan harga barang? Adakah salah pengusaha yang mengeluarkan minyak tidak memenuhi keperluan pengguna? Adakah salah pemborong termasuklah spekulator yang menyebabkan harga minyak melambong naik? Adakah pula penjual menaikkan harga barang kerana kos pengankutan yang meningkat sebagai alasan untuk menaikkan harga barang? Atau salah pembeli kerana tidak memilih barang lain walaupun sudah mengetahui harga barang sudah mahal? Banyak persoalan sebenarnya yang timbul perlu difikirkan untuk menilai apa yang seharunya dilakukan untuk menangani dilema kenaikan harga ini.
Mari kita mempersoalkan apa yang harus dilakukan oleh kerajaan. Pertama sekali kita perlu melihat apakah peranan kerajaan itu sendiri? Pada pandangan saya lah kan, kerajaan ini merupakan suatu elimen yang berperanan untuk menuteralkan sesuatu keadaan yang mana boleh dikatakan sebagai orang tengah untuk menstabilkan keadaan. Tidak boleh pada kerajaan untuk menyebelahi mana-mana pihak. Walau apa pun, kebajikan kepada rakyat seharusnya diberi keutamaan. Tapi boleh ker kerajaan ni mengawal harga seperti cadangan-cadangan yang pernah kita semua dengar selama ni? Pada saya kerajaan tak mampu pun nak lakukan semua tu. Apa ada pada Kerajaan? Siapa kerajaan sebenarnya? Nama sahaja Kerajaan, tapi yang buat kerja Manusia macam kita juga. Kalau manusia tu tidur macam mana? Tak jalan lah jawab dia kan.
Satu pekara lagi yang bukan kerajaan punya pasal tetai peniaga ngan pemborong itu sendiri. Dah memang kebanyakkannya hanya ingin mengejar untung sahaja. Dah tak fikir lagi akan masalah orang lain dan tak salah kalau dikatakan kebanyakan nya hanya mengejar kekayaan dunia. Pada saya walaupun paniaga dan pemborong itu dilihat berperwatakan seperti orang Islam, tetapi dia juga mengamal perkara yang sama menaikkan harga barang walaupun sememangnya keuntungan dah berlipat kali ganda. Semak balik, adakah dia tu betul-betul seorang yang berpegang kepada ajaran Islam.
Apa pun apakah langkah yang seharusnya dilakukan? Langkah kerajaan dah tentu amat penting untuk bertindak. Cuma cara untuk memaksa penurunan harga ini perlu dicari. Kalau macam harga barangan macam barang keperluan seperti daging, ayam, beras dan lain-lain yang mana kita boleh import, nak stabilkan harga benarkan jelah orang inport masuk biar ada lambakan dekat dalam negara, lama-lama turun lah harga dia. Tak gitu, bila penawaran dah melebihi permintaan jatuh la harganya. Orang dah tak banyak nak beli.
Cuma yang jenis monopoli ni yang sedikit masalah, contohnya leterik. Pada saya lah kan, sepatutnya ianya seharusnya dimilik kerajaankan. Kerajaan perlu mempunyai kepentingan dalam pengeluaran yang berstatus monopoli ini. Ngapa saya kata begitu ialah kerana untuk menjaga kepentingan rakyat yang amat memerlukan kepada kemudahan tersebut. Sekiranya tarif sentiasa naik tanpa ada penurunan susah juga tu orang yang berpendapatan rendah nak membayar bil. Misal kata jika dimilik kerajaankan masih boleh lagi kerajaan untuk menutup sekianya kos pengurusan meningkat, dengan mengambil sedikit hasil pendapatan kerajaan dari sumber yang lain. Bukan apa, untuk kepentingan rakyat semua. Sekiranya ia dimiliki syarikat persendirian, pada saya dah tentu semuanya untuk buat duit je ngan memaksimakan keuntungan je. Siapa yang tertindas? Rakyat juga. Hadoiiii.. Maca citer P. Ramli la pulak. "hidup susah, mati pun susah kene pegang bendera" hehehe... sekian.
0 comments:
Post a Comment