This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

New Update

Bila dah lama menyepi tak tau nak tulis apa. Tapi dah tentu la banyak pekara yang berlaku. Selain daripada rutin pergi sekolah, ngajar dan lain-lain buat masa ni tkde la yang best sangat pun. Hujung minggu bawa isteri jalan-jalan sambil mencari keperluan rumah dan diri sendiri. Cuma yang jelas bila dah berkahwin ni hidup dengan keluarga sendiri dan juga menyesuikan diri dengan keadaan berada di perantauan.

Tuesday, April 5, 2011

My Pavilion dv2

My Pavilion dv2

Sejarah akan mengajar kita erti kehidupan ini.
Apakah perasaan anda kalau laptop dalam gambar itu milik anda dikebas orang?

Saturday, March 26, 2011

Aku Sudah Kahwin

~ Aku Dah Kawen ~

Tanggal 19/03/2011 = "Aku Kawen"

Q; Apakah perasaan anda?
A; Ya, Allah, Dia sahaja yang tahu. Kadang-kadang rasa macam tak percaya. Alhamdulillah.

Monday, February 14, 2011

Vios OoOoO Vios

Erm.. Tak tau nk cakap apa dah sebenarnya. Sangat teruja nak beli kereta. Hahaha.. Pening palo den.. Family planing sebenarnya semua ini. Apa pun gumbire bah. Dah lama dok usya-usya dekat mudah. Last-last ambik jer no tel yang rasa bekenan. Mulalah langkah pertama pencarian tersebut. Tetapi, 1st step aku mintak tolong kawan pusing-pusing satu KK mana ada usedcar yang wujud seketul vios. Jeng-jeng-jeeeeng.

Saturday, February 5, 2011

Dia

Gugurnya embun pagi membasahi dedaunan. Berkilau umpama mutiara apabila dicucuri mentari. Membuka kelopak bunga-bungaan menzahirkan luahan rasa kegembiraan. Rahmat Tuhan tiada mohon bayaran melainkan ucapan syukur setulus hati seorang insan.

Engkaulah Pencipta sekalian alam. Ku rafakkan jari-jemari ini penuh kesyukuran. Anugerah dariMu tiada tandingan. Sempurna kejadian ketetapan yang telah Engkau aturkan. Tiada lagi kesangsian dengan qadak dah qadar Mu. Syukur AlhamdulilLah.

Sunday, January 30, 2011

Koleksi Motosikal Aku

Inilah dia harta-harta yang aku ada. Dalam hayat hidup setakat ini, ini aja yang aku ada. Lain-lain tak ada lagi. Dalam proses untuk mengumpul harta lain-lain lagi la kot. Kalau la panjang umur kan.
Yang ini moto kesayangan yang pertama kau. Dibeli masa tingkatan berapa tah, aku pun sudah lupa. Jasanya memang banyak la buat aku ini. Banyak la kenangan dari zaman sekolah hingga la zaman aku masuk kolej ngan masuk U jugak. Maknanya jauh perjalanan moto kapcai aku ini. Berulang beberapa kali masa belajar dekat kolej IKIP sehingga ia over dos. Lama juga dia tak benyawa masa over dos kerana susah nak repair masa berada di Kuantan. Bawak balik kampung pakai lori. Hehehe... 

Tuesday, November 2, 2010

My wave110

Nah! Ambik kau. Dalam takde duit pon berusaha jugak untuk dapatkan sebijik motor dekat sini. Payah ma takde kenderaan dok tempat orang ni. Korek punya korek, hutang jugak sikit untuk dapatkan down payment beli moto ni. Alhamdulillah keluar jugak akhirnya. Panjang la sikit langkah aku dekat sini dan senang untuk berurusan.

Tuesday, October 19, 2010

Wave RS 110

Ini motosikal yer. Warna ia hitam dengan warna metallic purple. Kelajuan cc 110 ajer. Ekzos macam skuter ego tu. Tengok dari sisi ni nampak ok ajer kan.Tah ler, aku dah order dah pun sebijik. Patah kaki ma dekat Sabah ni takder kenderaan. Nak pergi cari barang pun kena meminjam atau numpang orang lain. Tengah menanti ketibaan kenderaan ini. Platnya lau dapat la kan SAB1982?. Tapi tak tau la mcm mana lagi. Ini kenderaan ar, akan dijadikan kuda untuk melalui jalan berbatu untuk ke sekolah. Hehehe..

Saturday, October 9, 2010

Berjuanglah

Tanggal 28hb 09 2010, pertama kali kaki ini berpijak di bumi Sabah. Sabah negeri di bawah bayu yang terkenal dengan keindahannya bentuk buminya. Dalam peta tengok biasa saja. Bila datang sini, TU DIA. Luas negeri Sabah sahaja lebih kurang satu semenanjung Malaysia. Itulah yang diterangkan kepada aku dan rakan-rakan Guru Sandaran Siswazah Terlatih yang ditempatkan di negeri ini. Debaran sudah mula terasa bila memikirkan dimanakah tempatnya untuk aku melabuhkan kaki untuk mencurahkan bakti. Orang kata di sini elaun banyak, P1 RM500, P2 RM1000 & P3 RM1500 tapi adalah cabarannya. Nak tau dengan jelas lagi, datang je ler sini tengok.

Apa pun aku ini amat bersyukur kerana ditempatkan di tempat yang tidak dikelaskan P(pendalaman). Aku ditempatkan di S.M.K Bandau, Kota Marudu. Sekolahnya yang berada di pinggir pekan Kota Marudu dan lebih kurang 10km dari rumah tempat aku menumpang sekarang ini. Walaupun di kawasan pekan, kesusahan berada di tempat orang ini amat terasa. Sebab itulah guru-guru semenanjung yang dihantar ke sini ada yang mendapat elaun kesusahan. Pertama kali datang ke sini tanpa ada tempat bergantung hanya mengharapkan belas dari insan yang sudi membantu.

Beginilah berada di tempat orang. Pengalaman mengenali tempat orang yang jauh nun seberang laut terpisah dari kampung halaman. Sekolah kecil sahaja dan jauh bezanya dari sekolah-sekolah yang pernah yang berada di semenanjung yang pernah dilihat mahupun yang aku lawati. Memang amat memerlukan kemudahan untuk memenuhi keperluan yang sepatutnya bagi kegunaan murid untuk belajar. Apapun best berada di sekolah ini. Guru-guru & staf yang lain friendly semuanya.


Nantilah sambung..

Friday, May 7, 2010

My Project


Penghasilan pertama melalui Windows Live Movie Maker. Then, ini lah hasilnya.

Friday, March 19, 2010

Memori Bersama Biar Kekal Selamanya


Tuesday, March 9, 2010

Aku Tension Lagi

Apa nak jadi ngan aku ni. Manakah mau aku cari pedoman? Tekanan pula dirasakan sejak akhir-akhir ini. Takut ngan lecture ker? Satu persoalan juga itu. Sukatan pelajaran macam mana? Program sekolah? Kerenah pelajar? Jadual peperiksaan? Cuti umum ngan cuti tak umum? Masa ngan waktu kelas untuk aku mengajar? Macam mana aku nak generalisasi kesemua ini? Kalau akal yang Allah kurniakan ni tak waras, ada lah nanti perkara yang tak sepatutnya berlaku.

Monday, March 1, 2010

Tension

Tension melanda jiwaku ini.. Hadui.. Sukar untuk diluahkan kegersahan jiwa nurani ini. Ingin mencurahkan ilmu sebaik mungkin, tetapi sambutannya kurang menggalakkan. Tambahan pula musim sukan melanda. Pensyarah pembimbing telah datang melawat. Memberikan masa untuk aku bersedia. macam mana aku nak bersedia? Persoalan yang mengganggu keasyikkan jiwa meniti hari. Tension aku jadinya.

Saturday, February 27, 2010

Aku Jadi Pengerusi Majlis (MC)

Sejarah terlakar lagi dalam hidup aku ini. Buat julung kalinya aku berada di pentas berperanan sebagai Pengerusi Majlis. Kalau dulu berjaya mengelak, tapi pada kali ini terkena juga akhirnya. Telah juga cuba untuk mengelak, tetapi bila difikirkan, "sampai bila?" Huhuhu... Insaf la gamok nyer yer. Apa pun tak cuba kita tak tau kan. Dalam sejarah hidup aku masa sekolah rendah jer sekali aku pernah berada di pentas. Tu pon terpaksa jugak.

Ceritanya bermula sebab rumah sukan tiada wakil untuk pertandingan bercerita tentang kisah Nabi. Dah cuba lari, tapi pada waktu itu saudara aku yang menjadi ketua rumah sukan. Dah dia kenal aku, nak ngelak sangat sukar sekali. Tidak dapat tidak, kenelah bercerita. Huhuhu, tak dapat dibayangkan apakah perasaan aku dikala itu. Apa pun itulah kenangan manis dalam hidup aku bila teringat zaman kanak-kanak dulu.

Tuesday, February 23, 2010

Penantian Satu Penyeksaan

Tajuk karangan pada hari ini ialah "Penantian Satu Penyeksaan".
Kata orang seperti dengan tajuk di atas lah. Akan tetapi, realiti pada hayatku dikala ini ia menjerumuskan aku ini ke sudut yang aku pun tidak pasti. Dalam dilema la katakan. Tapi tak la sama macam tajuk dikir barat tu (dilema melayu kito).

Nak diceritakan di sini ialah berkenaan orang yang akan datang untuk menilai cara aku mengajar. Boleh pakai ke tak aku mengajar. Asal ketetapan Ilahi sudah tentu sukar untuk diubahnya lagi kerana itu lah takdir kita. Aku pasrah sahaja siapa yang datang untuk memberi tunjuk ajar mengubah keadaan aku yang baru belajar untuk mengajar ini. Kehendak manusia memang sukar untuk dipenuhi selalu. Dulu dipermulaan kalam pengarah program memberi tanggungjawab untuk menilai aku ini seorang pensyarah yang amat digeruni oleh kebanyakan pelajar seangkatan dengan aku. Sukar untuk aku katakan mengapa Beliau amat digeruni. Apa-apa pun orang cerdik pandai dapat menilainya. Pada aku, baguslah beliau bersifat demikian. Untuk mendidik amat perlu ketegasan.

Wednesday, February 17, 2010

~~Latihan Mengajar~~

Tanggal 07.01.2010, bermulalah aku melangkah kaki ke sebuah sekolah seperti nama di atas. Debaran terasa dan teruja juga untuk mempraktis teori yang dipelajari selama ini. Hadoi. takut juga dibenak hati ini. Masih samar untuk membayangkan apa yang aku dialami apabila berada pada realiti mengajar anak-anak murid yang dahagakan ilmu. Kalau yang betul-betul dahagakan ilmu, mengikut firasat hati aku ini, rasanya senang nak kawal. Kalau yang sebaliknya, datang sekolah nak main jer. Sakit kepala lah agaknya tu nanti. Nak kawal pelajar nakal ni susah juga. Ke macam mana? Ingat zaman kita sekolah dulu macam mana? Sekarang ni dah tentu lebih lagi la kot. Kot nya lah.

Wednesday, January 20, 2010

Memori di IKIP 5 Taman Pertanian


Salam ukhwah pada rakan-rakan semua. Tidak disangka masih lagi tersimpan khazanah ini yer. Terima kasih buat Kak Zurin for this photo. Sungguh teruja melihat gambar ini. Memori zaman skema katakan. Bersama rakan-rakan meraikan perpisahan dengan Ustaz Tarmizi. Moga ustaz berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Saturday, November 21, 2009

My Home

This is my Home.. Kedudukan yang paling tinggi di atas bukit dekat kg aku. nak datang umah boleh ajer.

Di bawah, gambar moto yg kecik ni, moto aku zaman skolah dulu. Dan yang nampak baru tu kenderaan aku sekarang. Yang lama bapak tiri dekat umah yang guna. Tu pon jarang-jarang jer naik. Bila aku balik kampung, aku juga yang panaskan enjinnya.

Blog DPLI-UDM Banner


Akhirnya.. berjaya juga aku menghasilkan banner ini.. Entah lah cantik ke tidak. Tapi, aku telah mengenakannya pada blog DPLI-UDM untuk tatapan rakan-rakan. Pada kawan-kawan nak kenal budak-budak DPLI-UDM pon boleh. Ni alamat blognya yer. http://dpliudm.blogspot.com/

Friday, November 6, 2009

Mencari Hidayah dan Ketetapan dari ILAHI

Sekian lama pencarian dengan usaha untuk mengubah kehidupan di masa akan datang. Berkat doa yang di pohon kepada ALLAH telah menunjukkan lorong kebenaran untuk aku dalam mencari keradhaan dan keberkatan dariNYA. Beberapa tahun mencari kemanakah hala tuju hidup ini yang sentiasa kabur pada ketika dahulu. Walaupun mempunyai sedikit kelulusan, ianya tidak jua menjamin kesenangan tanpa usaha dan pengharapan daripada pemberian dari Tuhan Yang Esa.

Bersyukur kini kekaburan dan kegusaran dibenak hati ini telah ditunjuki lorong kebenaran lagi mulia untuk aku meneruskan kehidupan sebagai HambaNYA di alamNYA ini. Percayalah dan yakinlah bahawa:
Segala urusan kehidupan di dunia ini adalah ketetapan dariNya. Kita hanya khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir apa yang telah disediakan di alam ini. Sedarlah hidup kita di dunia ini adalah ujuan semata-mata. Sesuatu yang baik mahupun yang buruk adalah ujian buat kita. Kekayaan yang diberikan adalah ujian, begitu juga kemiskinan adalah ujian buat kita. Maka kembalilah kepada ALLAH sepertiman yang telah digariskan dan telah diajarkan serta disampaikan oleh pesuruhNYA kepada kita. Oleh itu sentiasalah memohon keampunan dan hidayah dari ALLAH untuk kebaikan di dunia ini mahupun di akhirat.
Perjalanan kehidupan harus diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Berputus asa bukan jalan penyelesaian di dalam menyusuri liku-liku kehidupan. Pelbagai dugaan dan ujian yang akan mendatang yang harus ditempuhi dengan penuh kesabaran. Yakinlah ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan setiap yang berlaku ada rahmat dariNYA. Rahmat itu pula tidak akan kita rasai melainkan kita sentiasa berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. Aku amat bersyukur dengan kehendakNYA yang telah meletakkan aku ini di landasan yang benar. Aku kini baru selangkah berpijak untuk dipanggil seorang Pendidik. Wassalam.

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers