Tajuk karangan pada hari ini ialah "Penantian Satu Penyeksaan".
Kata orang seperti dengan tajuk di atas lah. Akan tetapi, realiti pada hayatku dikala ini ia menjerumuskan aku ini ke sudut yang aku pun tidak pasti. Dalam dilema la katakan. Tapi tak la sama macam tajuk dikir barat tu (dilema melayu kito).
Nak diceritakan di sini ialah berkenaan orang yang akan datang untuk menilai cara aku mengajar. Boleh pakai ke tak aku mengajar. Asal ketetapan Ilahi sudah tentu sukar untuk diubahnya lagi kerana itu lah takdir kita. Aku pasrah sahaja siapa yang datang untuk memberi tunjuk ajar mengubah keadaan aku yang baru belajar untuk mengajar ini. Kehendak manusia memang sukar untuk dipenuhi selalu. Dulu dipermulaan kalam pengarah program memberi tanggungjawab untuk menilai aku ini seorang pensyarah yang amat digeruni oleh kebanyakan pelajar seangkatan dengan aku. Sukar untuk aku katakan mengapa Beliau amat digeruni. Apa-apa pun orang cerdik pandai dapat menilainya. Pada aku, baguslah beliau bersifat demikian. Untuk mendidik amat perlu ketegasan.
Akan tetapi setiap orang inginkan segala yang terbaik untuk dirinya. Begitu juga Rasul junjungan kita yang jua mahukan segala yang terbaik untuk umatnya dan selalu memohon kepada penciptaNya untuk segala yang terbaik padanya dan umatnya ini. Dek kerana kegerunan yang melanda diri, bertandang lah aku mengadap yang dipertua pengarah program yang sangat baik hati itu. Mohon aku agar diberikan yang terbaik untuk diri ini. Amat bersimpai tuan yang dipertua pengarah program itu kepada aku ini, lalu mempersetujuinya. Tetapi, buat masa ini, melandalah dilema dalam sanubari ini akan siapa yang diutuskan untuk memberi tunjuk ajar kepada aku di sekolah yang aku ceritakan sebelum ini.

Desas desus mengatakan "permohonan anda telah diterima, telah diproses dan telah diluluskan". Akan tetapi suatu yang belum dapat dipastikan lagi kerana wujud lagi kesamaran berkenaan dengan keputusan tersebut. Pensyarah pembimbiing katanya dari orang digeruni intu telah diberikan kepada orang lain. Tetapi ada sumber menyatakan bahawa ada pensyarah menyatakan pengganti tersebut adalah lebih lagi perlu digeruni dari yang digeruni sebelum ini sehingga pensyarah pembekal sumber maklumat tersebut mengatakan "baik tak payah tukar jika diganti dengan pensyarah tersebut". So, pikirlah untuk aku ini mengapa aku ini berada dalam dilema ni.. Sekian dulu episod "Penantian Satu Penyeksaan".
24hb Feb 2010
Penantian sudah berakhir...
24hb Feb 2010
Penantian sudah berakhir...
0 comments:
Post a Comment