This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W

Firman Allah:-

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآَخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Ertinya:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

Pengajaran Ayat:-

Teladanilah segala tingkahlaku Rasul junjungan kita Muhammad s.a.w dengan mengamalkan sunnahnya kerana Allah telah mengakui bahawa Rasulullah adalah manusia yang paling baik untuk diteladani di dunia ini.

Tuesday, December 8, 2009

Insafilah



Rasulullah s.a.w bersabda: Penghulu istighfar ialah:-

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْب إِلاَّ أَنْتَ
Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah mencipta ku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, Aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu, Dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku, oleh itu, ampunkanlah aku, Kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali hanyalah Engkau. (h.r. Bukhari)
Sebagai pedoman buat diri dan rakan-rakan.

Sunday, April 5, 2009

Sinar Dihujung Senja

Peredaran arus dunia amat deras berlalu. Dalam tak sedar, anak-anak yang kecil telah menjadi dewasa, yang dewasa pula berada di zaman tua dan yang tua hanya mengunggu detik penghujug usia. Telah menjadi lumrah kehidupan di dinia ini setiap permulaan ada penghujungnya.

Adapun setiap agama ada menbicara tentang dosa dan mejadi larangan setiap manusia itu dari melakukan dosa. MENGAPA? Tanyalah diri kita mengapa larangan melakukan dosa itu menjadi suatu larangan dalam setiap agama. Kita dianugrahkan akal fikiran, maka fikirkanlah. Walau apapun, manusia ini tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang dianggap berdosa dari sisi agama.

Anak-anak muda di akhir zaman ini, amat sedih keadaannya, telah hanyut dibuai keseronokan dunia dan telah tersisih dari penghayatan agama. Apa sudah terjadi dengan kehidupan di akhir zaman ini? Sedikit petikan untuk tatapan umat Islam mahupun bukan Islam yang mempercayai dosa dan pahala serta adanya hari pembalasan di hari akhirat kelak.

:قال الله تعالي
{ إن الحسنات يذهبن السيئات }
[Maksudnya: Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan]

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم
:
واتبع
السيئة الحسنة تمحها
[Rasulullah bersabda: dan ikutilah kejahatan itu dengan mengerjakan kebaikan, supaya kebaikan itu dapat menghapuskannya (kejahatan)]

Berdasarkan keratan Al-Quran dan Hadith ini menggambarkan kita betapa mulianya agama Islam yang diwahyukan untuk sekalian manusia. Janganlah menjadi suatu penyesalan dan terus berputus asa akan kesilapan yang telah dilakukan di dunia ini lalu terus pasrah dengan dosa yang sering menghentui jiwa. Janganlah kita terushanyut dan membiarkan terus dihanyutkan oleh maksiat dan terus dibayangi dosa-dosa.

Allah s.w.t adalah yang Maha Pengampun dan akan mengampunkan segala dosa sesiapa yang memohon keampunan daripadaNya. Secara kasar, dari petikan wahyu dan sunnah di atas manyatakan dengan mengerjakan sesuatu kebaikan ia boleh menghapuskan dosa. Inilah sebenarnya gambaran yang menerangkan bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengampun. Di sini kita dapat lihat, hanya dengan melakukan kebaikan dapat menghapuskan dosa. Jadi, sekiranya kita sentiasa berdoa lagi ikhlas memohon keampunan kepadaNya, sudah tentu Allah s.w.t lagi mudah dan senang untuk memakbulkan doa dan mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar.

Yang jelasnya, agama Islam tidak pernah menyusahkan umatnya dalam semua keadaan. Yang menyusahkan adalah dikalangan umatnya sendiri. Memohon keampunan dari Tuhan Yang Esa tidak perlu untuk menyakiti tubuh badan kita cuma hanya perlu memanjatkan doa untuk memohon keampunan. Doa dipohon agar keampunan diterima. Dan doanya pula tidaklah hanya perlu untuk berdoa ditempat tertentu sahaja, bahkan doa boleh dipohon dimana-mana asalkan kita selesa dan lapang untuk ikhlas berdoa kepadaNya.

Akhir kata, Tiada dosa yang tidak diampunkan melainkan dosa-dosa besar yang perlu kepada taubat dengan sebenar-benar ikhlas menginsafi dosa yang dilakukan. Sekian.

Saturday, March 14, 2009

Mimpi Dari Perspektif Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36

Menyimpulkan
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  2. Mimpi orang ramai dizaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A .W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah Subhana huwataala. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
  5. Mimpi orang awam bukan "hujah" terhadap suatu hukum atau suatu kenyataan.
Persoalannya, dimanakah kedudukan mimpi kita pada zaman ini? Pernah kita dengar dan lihat liputan akhbar dan media-media massa sebelum ini mendedahkan kematian ahli keluarga yang dipukul teruk oleh bomoh yang kononnya kaedah perubatan tradisionalnya yang diilhamkan melalui mimpi boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi natijahnya, Mati katak si pesakit dibuatnya! Oleh itu, Renung-renungkanlah.

Monday, November 24, 2008

Fatwa YOGA dan Pengkid

Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan bahawa amalan senaman yoga yang mana berunsurkan amalan hindu adalah haram. Ia adalah bertujuan untuk mengelak umat Islam daripada leka dan kemunkinan besar intipati daripada yoga tersebut boleh memesongkan akidah umat Islam. Umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam tidak seharusnya keliru. Persoalannya ia berkaitan dengan hukum Halal dan Haram. Berkenaan dengan hukum Islam, ketegasan adalah perlu daripada mengelak terpesongnya akidah umat Islam.

Jika seseorang itu berpegang teguh dengan ajaran Islam, tiada sebabnya untuk dipertikaikan akan fatwa ini. Sekiranya ia yakin kerana Allah taala dia meninggalkan amalan seperti ini, insyaAllah ganjaran pahala disisi Allah untuknya. Begitu juga dengan Pengkid yang digember-gemburkan sebelum ini. Pada saya sesiapa yang banyak mempersoalkan isu-isu sebegini, cerminlah diri kita dimanakah kita dengan agama Islam. Betulkah kita telah memahami sebenar-benarnya Agama Islam yang suci ini dan telah kita sematkan di dalam hati sebagai pegangan hidup untuk kebahagiaan kita di dunia dah di akhirat kelak.

sekian, nak lebih nanti kilik di sini ---> [Fatwa Yoga] [Fatwa Pengkid]

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers