Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan bahawa amalan senaman yoga yang mana berunsurkan amalan hindu adalah haram. Ia adalah bertujuan untuk mengelak umat Islam daripada leka dan kemunkinan besar intipati daripada yoga tersebut boleh memesongkan akidah umat Islam. Umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam tidak seharusnya keliru. Persoalannya ia berkaitan dengan hukum Halal dan Haram. Berkenaan dengan hukum Islam, ketegasan adalah perlu daripada mengelak terpesongnya akidah umat Islam.
Jika seseorang itu berpegang teguh dengan ajaran Islam, tiada sebabnya untuk dipertikaikan akan fatwa ini. Sekiranya ia yakin kerana Allah taala dia meninggalkan amalan seperti ini, insyaAllah ganjaran pahala disisi Allah untuknya. Begitu juga dengan Pengkid yang digember-gemburkan sebelum ini. Pada saya sesiapa yang banyak mempersoalkan isu-isu sebegini, cerminlah diri kita dimanakah kita dengan agama Islam. Betulkah kita telah memahami sebenar-benarnya Agama Islam yang suci ini dan telah kita sematkan di dalam hati sebagai pegangan hidup untuk kebahagiaan kita di dunia dah di akhirat kelak.
sekian, nak lebih nanti kilik di sini ---> [Fatwa Yoga] [Fatwa Pengkid]
0 comments:
Post a Comment