Beberapa akhbar tempatan dalam beberapa hari yang lepas dan termasuk hari ini di dalam dada akhbar Utusan Malaysia masih lagi mengatakan cadangan ketua polis negara yang mengesyorkan larangan terhadap motosikal memasuki bandar untuk mengelak kejadian ragut. Boleh diterima pakaikah cadangan ini? Aku sebagai Mat Despech sudah tentu tak berapa boleh nak terima cadangan Pak cik pulis itu. Macam mana la aku nak ngatar surat dengan seberapa laju yang boleh. Lambat-lambat kang nanti kena tumbukan padu dek bos. Kang makin susut la pendapatan aku.
Abang polis ngan Pakcik polis boleh la cakap macam tu. Abis orang macam aku ni ada motosikal je nak menjalankan kerja untuk mencari sesuap nasi, macam mana nak begerak dekat bandar tu kalau motor cupcai aku ni tak dibenarkan untuk menjejakkan tayar di kawasan bandar? Releven ker mat despesh ngantar surat pegi ngan bas ngan teksi? Banyak duit nak kena tabur baru boleh sampai sepucuk surat dekat destinasinya. Tu baru sepucuk surat, kalau dua tiga pucuk misal contoh aku kejer dekat Sentul nak hantar sepucuk dekat PJ, pastu dekat Ampang ngan area-area yang berdekatan. Berapa duit pelaburan kena pakai untuk sepucuk surat? Banyak gak tu woooo.
Tetapi cadangan untuk menangani mengurangkan kes ragut tu memang la betul. Kesian akak-akak, makcik-makcik yang menjadi mangsa mat-mat peragut tu. Tapi jangan lah semua motosikal tak boleh masuk bandar. Macam mana nak begerak dengan pantas dan tidak membuang masa. Lagi pun kita kan ada pribahasa mengatakan bahawa masa itu emas. Kalau orang business pula masa itu duit maaa. So macam mana? Korang yang ada motosikal suka ke dengan cadangan Boss Abang-abang ngan Pakcik-pakcik polis tu. Tapi nanti Pakcik-pakcik ngan Abang-abang Polis trafik tak banyak kejer lah. Dah tak boleh masuk bandar ngan kuda putih diaorang tu. Takde can lagi la mat-mat rempit nak test power ngan Abang polis.
Pada saya la kan, idea untuk tak benarkan motosikal masuk bandar tu tak berapa kena. Terlalu susah untuk diaplikasikan kerana satunya orang macam saya ni sudah tentu patah kaki la nak pegi mana-mana nanti. Kalau semua orang kaya macam Boss kepada Abang-abang ngan Pakcik-pakcik polis tu takpe lah. No hal lah tak naik motor pon diaorang tu. Tapi yang jelasnya saranan ini memang tidak sesuai sama sekali.
Apa yang jelasnya, aku rasa semua orang yang bergantung harapan ngan motor dekat bandar ini tidak akan setuju dengan cadangan ketua polis negara itu. Bagi aku cetek jugak otak ketua polis kita ni. Ok lah sekian sahaja.
1 comments:
tosah layan weh idea tak matang tu..
try la pegi jalan kaki...
mesti boleh jadi atlet terus lepas tu
Post a Comment