Saturday, March 14, 2009

Mimpi Dari Perspektif Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36


Menyimpulkan
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  2. Mimpi orang ramai dizaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A .W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah Subhana huwataala. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
  5. Mimpi orang awam bukan "hujah" terhadap suatu hukum atau suatu kenyataan.
Persoalannya, dimanakah kedudukan mimpi kita pada zaman ini? Pernah kita dengar dan lihat liputan akhbar dan media-media massa sebelum ini mendedahkan kematian ahli keluarga yang dipukul teruk oleh bomoh yang kononnya kaedah perubatan tradisionalnya yang diilhamkan melalui mimpi boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi natijahnya, Mati katak si pesakit dibuatnya! Oleh itu, Renung-renungkanlah.

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers