Sejarah terlakar lagi dalam hidup aku ini. Buat julung kalinya aku berada di pentas berperanan sebagai Pengerusi Majlis. Kalau dulu berjaya mengelak, tapi pada kali ini terkena juga akhirnya. Telah juga cuba untuk mengelak, tetapi bila difikirkan, "sampai bila?" Huhuhu... Insaf la gamok nyer yer. Apa pun tak cuba kita tak tau kan. Dalam sejarah hidup aku masa sekolah rendah jer sekali aku pernah berada di pentas. Tu pon terpaksa jugak.
Ceritanya bermula sebab rumah sukan tiada wakil untuk pertandingan bercerita tentang kisah Nabi. Dah cuba lari, tapi pada waktu itu saudara aku yang menjadi ketua rumah sukan. Dah dia kenal aku, nak ngelak sangat sukar sekali. Tidak dapat tidak, kenelah bercerita. Huhuhu, tak dapat dibayangkan apakah perasaan aku dikala itu. Apa pun itulah kenangan manis dalam hidup aku bila teringat zaman kanak-kanak dulu.
Khamis, 25hb Feb 2010, sehari sebelum hari Maulidur Rasul Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. Oleh kerana hari maulid ini bersamaan dengan hari jumaat, maka pihak sekolah membuat keputusan untuk mengadakan sambutannya lebih awal. Inilah detik permulaan daripada rentetan untuk mengadakan program tersebut menjadikan aku, seorang guru pelatih di sekolah berkenaan menjadi tumpuan. kikiki (sambil tersenyum sendiri) Apapun, inilah pengalaman yang perlu pada kita untuk meningkatkan keyakinan diri.
Pada masa aku mempengurusikan majlis tersebut, dua lagi rakan pelatih berada di bawah pentas memerhatikan sahaja gelagat aku di pentas. Tetapi, diri sendiri di pentas pon merasakan kelemahan yang ada pada diri. Aku telah berusaha sedaya yang boleh untuk melakukan yang terbaik. Ketika itu dirasakan nada suara terputus-putus sahaja. Tah pape aku rasakan. Nak buat mcm mana orang tak berpengalaman. Janji aku mencuba untuk yang terbaik.
Bila majlis diserahkan kepada penceramah aku turun bersua dengan orang berwajib menguruskan program selaku panitia Pendidikan Islam di sekolah itu. Aku meluahkan sedikit kekecewaan dengan apa yang aku rasa sangat tidak memuaskan penyampaian aku menjadi Pengerusi Majlis. Apapun, suatu perkara yang amat aku suka berada di sekolah ini yang mana guru-gurunya dan staf-staf sokongan amat baik hati. Kata ustazah, dah ok lah tu. Aku tersenyum jer lah.
Rakan pelatih pula bertanya, man kenapa kaki tak boleh duduk diam tadi? Tengok penceramah tu, tek gerak pun kaki dia. Katanya lah. Huhuhu. itulah realitinya bila proses pendebaran berlaku dalam diri kita. Tapi, Alhamdulillah, selesai sudah majlis itu. Tambah la sedikit pengalan diri buat bekal posting kelak.
1 comments:
wpun org tk tgk..tapi org tau awk da buat, awk da cuba...lain kali kena naik pentas lagi...hehe
Post a Comment