Wednesday, February 17, 2010

~~Latihan Mengajar~~

Tanggal 07.01.2010, bermulalah aku melangkah kaki ke sebuah sekolah seperti nama di atas. Debaran terasa dan teruja juga untuk mempraktis teori yang dipelajari selama ini. Hadoi. takut juga dibenak hati ini. Masih samar untuk membayangkan apa yang aku dialami apabila berada pada realiti mengajar anak-anak murid yang dahagakan ilmu. Kalau yang betul-betul dahagakan ilmu, mengikut firasat hati aku ini, rasanya senang nak kawal. Kalau yang sebaliknya, datang sekolah nak main jer. Sakit kepala lah agaknya tu nanti. Nak kawal pelajar nakal ni susah juga. Ke macam mana? Ingat zaman kita sekolah dulu macam mana? Sekarang ni dah tentu lebih lagi la kot. Kot nya lah.

Seminggu dah berlalu di sini, setakat ini kelas yang aku ditugaskan untuk mengajar masih lagi baik. Sebab kelas tingkatan 4 tengah menduduki ujian. Belum kenal sepenuhnya. Tapi mengikut kata guru matapelajaran yang saya ganti ini, budak-budaknya baik. Tiada masalah. Tapi dalam seminggu ini aku penah tengok ada yang kena panggil ke bilik disiplin. Proses generalisasi berlaku dalam pikiran aku ini. Ada kemungkinan juga nakal juga anak-anak murid aku ini. Apa pun belum boleh diconfirmkan lagi hipotesis aku tadi itu.

Dua lagi kelas yang akan aku ganti khidmat gurunya buat sementara waktu iaitu dua kelas di tingkatan 2. Satu kelas Bahasa Arab (BA 2F) dan satu lagi amali untuk tingkatan 2 (2A2). Setakat ini tingkatan 2A2 pelajar-pelajarnya baik. Nakal-nakal sedikit itu rasanya lumrah sekolah luar bandar sebegini. Cuma kelas Bahasa Arab jer belum berkesempatan lagi untuk bertandang. Gementar juga untuk mengajar bahasa ni. Terasa diri belum bersedia sepenuhnya lagi untuk mengajar, tambah-tambah lagi Bahasa arab. Mohon Allah berikan jalan dan mempermudahkan urusan aku nanti. Tamat setakat ini.

1 comments:

gud luck ust......klo rs anak2 murid tu nakal nnt maknanya.....ust pn nakal gak dulu.....sbb ms sek dulu2 cikgu ade kata..."kamu nakal skrg nnt kamu jadi cikgu murid kamu nakal gak kt kamu..."sbb tu sy xmau jd cikgu...hehehehhehe

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers