Saturday, October 9, 2010

Berjuanglah

Tanggal 28hb 09 2010, pertama kali kaki ini berpijak di bumi Sabah. Sabah negeri di bawah bayu yang terkenal dengan keindahannya bentuk buminya. Dalam peta tengok biasa saja. Bila datang sini, TU DIA. Luas negeri Sabah sahaja lebih kurang satu semenanjung Malaysia. Itulah yang diterangkan kepada aku dan rakan-rakan Guru Sandaran Siswazah Terlatih yang ditempatkan di negeri ini. Debaran sudah mula terasa bila memikirkan dimanakah tempatnya untuk aku melabuhkan kaki untuk mencurahkan bakti. Orang kata di sini elaun banyak, P1 RM500, P2 RM1000 & P3 RM1500 tapi adalah cabarannya. Nak tau dengan jelas lagi, datang je ler sini tengok.

Apa pun aku ini amat bersyukur kerana ditempatkan di tempat yang tidak dikelaskan P(pendalaman). Aku ditempatkan di S.M.K Bandau, Kota Marudu. Sekolahnya yang berada di pinggir pekan Kota Marudu dan lebih kurang 10km dari rumah tempat aku menumpang sekarang ini. Walaupun di kawasan pekan, kesusahan berada di tempat orang ini amat terasa. Sebab itulah guru-guru semenanjung yang dihantar ke sini ada yang mendapat elaun kesusahan. Pertama kali datang ke sini tanpa ada tempat bergantung hanya mengharapkan belas dari insan yang sudi membantu.

Beginilah berada di tempat orang. Pengalaman mengenali tempat orang yang jauh nun seberang laut terpisah dari kampung halaman. Sekolah kecil sahaja dan jauh bezanya dari sekolah-sekolah yang pernah yang berada di semenanjung yang pernah dilihat mahupun yang aku lawati. Memang amat memerlukan kemudahan untuk memenuhi keperluan yang sepatutnya bagi kegunaan murid untuk belajar. Apapun best berada di sekolah ini. Guru-guru & staf yang lain friendly semuanya.


Nantilah sambung..

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers