Sunday, October 17, 2010

Saja mau cerita

Aku dan kehidupan hari ini.

Meniti hari mencari pengalaman sebagai seorang pendidik. Mencari keyakinan diri menjadi seorang hamba. Mencari pedoman menuju jalan yang belum pasti perjalanannya. Luruskah? Bersimpangkah? Berlikukah? Atau mati jalan itu.
Melangkah kehadapan payah. Kekiri dan kekanan pun susah. Masakan pula kebelakang. Bergerak jua kerana masih ada akal dan kudrat. Jalan yang lurus mau jua berwaspada. Makhluk yang garang, jinak sebenarnya tetapi haram pula hukumnya.
Masa sentiasa berdetik termenung selalu berteman. Yang cuba dilupakan mengheret terarah sinaran mentari. Malam yang kelam bulan pula kunjung tiba. Ketetapan Tuhan pencipta sekalian alam. Syukurlah wahai manusia tunding tangan kearah diri.
Tembok batu retak benang tersimpul api pula bermaharajalela. Paya kering hujan turun selebatnya buat teratai berkembang mekar. Mengapa, Kenapa, tetapi dimana hati? Ketetap Tuhan dipersoal kufur nikmat atau ujian sebenarnya.
Hidup mesti terus mati noktah segalanya.

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers