Tuesday, October 19, 2010

Sukan sekolah

Erm.. nak becerita sikit jer ni.. Mulai hari selasa ini sampai hari khamis sekolah mengadakan sukan tahunan. Minggu lepas sukantara dua hari. Dua minggu ni asyik besukan jer.. Masa sukantara aku tengah menghadapi wabak selsema. Tapi alhamdulillah selsema pun selsema lah. Redah jer kan.
Mula-mula terasa pelik juga kenapa sampai ada dua kali sukan diadakan. Ngape agaknya yer? Selesai sudah sukantara lalu diadakan pula sukan tahunan. Peliknya pula dari kebiasaan kita sukan dilakukan diawal tahun. Tapi di sini hujung tahun pula. Tak tau nak cakap lah. Diberi tugas cuba ajalah buat seboleh mungkin. Saya budak baru belajar kan.
Kerja di sini terasa agar sukar sedikit untuk memahami tugas itu. Last-last minute meeting diadakan pada hujung minggu lepas selepas sukantara tu. Apa-apa pun terjadilah penganjuran ini ngan kerja last minute ngan tak tau apa juga tugas sebenarnya. Hati ini tu jadilah orang mulakan sukan kita pulak sibuk mengerah pelajar-pelajar petugas buat keje yng diberikan kepada kita. Erm.. ini lah kot cara penganjuran sukan di sini. Guru tukang arah jer. Pelajar yang buatkan. Kata guru-guru lain di sini nak bagi mereka (pelajar) ni hidup berdikari.
Erm.. berbalik pada sukantara sebelum ini, apa yang aku perhatikan la kan, ia sebenarnya pengganti latihan sukan untuk memilih pelajar untuk mewakili rumah sukan masing-masing dalam sukan tahunan ni. Maknanya tiada latihan sukan pun sebelum sukan tahunan yang berlangsung hari ni. Itulah tujuan sukantara mengikut pengamatan saya lah.
Satu yang buat aku pelik ni kenapa sukan diadakan pada akhir tahun? Jawab guru di sini nak mengelak dari bencana alam. Di sini banjir berlaku diawal tahun. Sebab itulah sukan diadakan diakhir tahun. Sukan ini tidak melibatkan pelajar ting. 5 pulak tu. Sebab mereka tegah menyiapkan diri untuk menduduki SPM. Takda la sijil sukan untuk mereka tahun ini. Itu pelajar SPM, pelajar lain pun belum menduduki peperiksaan akhir tahun lagi sebenarnya. Apa korang rasa, agaknya apa akan jadi pada peperiksaan mereka nanti. Jawab saya entah la. Aiman tak kesah kan.Sekian sudah sesi membebel hari ni.

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers