Inilah dia harta-harta yang aku ada. Dalam hayat hidup setakat ini, ini aja yang aku ada. Lain-lain tak ada lagi. Dalam proses untuk mengumpul harta lain-lain lagi la kot. Kalau la panjang umur kan.
Yang ini moto kesayangan yang pertama kau. Dibeli masa tingkatan berapa tah, aku pun sudah lupa. Jasanya memang banyak la buat aku ini. Banyak la kenangan dari zaman sekolah hingga la zaman aku masuk kolej ngan masuk U jugak. Maknanya jauh perjalanan moto kapcai aku ini. Berulang beberapa kali masa belajar dekat kolej IKIP sehingga ia over dos. Lama juga dia tak benyawa masa over dos kerana susah nak repair masa berada di Kuantan. Bawak balik kampung pakai lori. Hehehe...
Tapi ini lah keadaan sekarang. Pernah berkhidmat untuk aku masa berada di UMKL dulu disebab ada masalah tertentu terpaksa membawanya ke KL. Apapun sekali lagi over dos masa di KL dan susah untu direpair lalu dibiarkan saja hinggalah terbeli moto yang dibawah ini. Dalam sejarahnya ia 2 kali over dos dekat negeri orang.Ini moto kedua aku. Erm, belinya sebab ada problem maslah tertentu pada waktu kapcai aku yang atas tu mengalami kerosakan dan sukar untuk membaikinya masa di KL. Apa pun ia berjasa untuk aku pada akhir semesta dekat UM itu dan kegunaan aku untuk ke tempat kerja setalah aku tamat belajar. Merata-rata tempat aku menunggangnya. Kalau ikut peta lah kan. Ia dah pusing dari kampung pergi KL pergi Negeri Sembilan pulang ikut Segamat terus pergi Pahang lalu Terengganu balik kampung. Hahaha.. jauh juga aku berpusing. Ini jugalah super bike aku ulang alik waktu cuti masa belajar dekat UDM di Terengganu yang sekarang berubah nama UniSZA. Tapi sekara dah pakai sport rim dah.
0 comments:
Post a Comment