Sekian lama pencarian dengan usaha untuk mengubah kehidupan di masa akan datang. Berkat doa yang di pohon kepada ALLAH telah menunjukkan lorong kebenaran untuk aku dalam mencari keradhaan dan keberkatan dariNYA. Beberapa tahun mencari kemanakah hala tuju hidup ini yang sentiasa kabur pada ketika dahulu. Walaupun mempunyai sedikit kelulusan, ianya tidak jua menjamin kesenangan tanpa usaha dan pengharapan daripada pemberian dari Tuhan Yang Esa.
Bersyukur kini kekaburan dan kegusaran dibenak hati ini telah ditunjuki lorong kebenaran lagi mulia untuk aku meneruskan kehidupan sebagai HambaNYA di alamNYA ini. Percayalah dan yakinlah bahawa:
Bersyukur kini kekaburan dan kegusaran dibenak hati ini telah ditunjuki lorong kebenaran lagi mulia untuk aku meneruskan kehidupan sebagai HambaNYA di alamNYA ini. Percayalah dan yakinlah bahawa:
Segala urusan kehidupan di dunia ini adalah ketetapan dariNya. Kita hanya khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir apa yang telah disediakan di alam ini. Sedarlah hidup kita di dunia ini adalah ujuan semata-mata. Sesuatu yang baik mahupun yang buruk adalah ujian buat kita. Kekayaan yang diberikan adalah ujian, begitu juga kemiskinan adalah ujian buat kita. Maka kembalilah kepada ALLAH sepertiman yang telah digariskan dan telah diajarkan serta disampaikan oleh pesuruhNYA kepada kita. Oleh itu sentiasalah memohon keampunan dan hidayah dari ALLAH untuk kebaikan di dunia ini mahupun di akhirat.
Perjalanan kehidupan harus diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Berputus asa bukan jalan penyelesaian di dalam menyusuri liku-liku kehidupan. Pelbagai dugaan dan ujian yang akan mendatang yang harus ditempuhi dengan penuh kesabaran. Yakinlah ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan setiap yang berlaku ada rahmat dariNYA. Rahmat itu pula tidak akan kita rasai melainkan kita sentiasa berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. Aku amat bersyukur dengan kehendakNYA yang telah meletakkan aku ini di landasan yang benar. Aku kini baru selangkah berpijak untuk dipanggil seorang Pendidik. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment