Tuesday, March 9, 2010

Aku Tension Lagi

Apa nak jadi ngan aku ni. Manakah mau aku cari pedoman? Tekanan pula dirasakan sejak akhir-akhir ini. Takut ngan lecture ker? Satu persoalan juga itu. Sukatan pelajaran macam mana? Program sekolah? Kerenah pelajar? Jadual peperiksaan? Cuti umum ngan cuti tak umum? Masa ngan waktu kelas untuk aku mengajar? Macam mana aku nak generalisasi kesemua ini? Kalau akal yang Allah kurniakan ni tak waras, ada lah nanti perkara yang tak sepatutnya berlaku.



Perlukah hanya tunggu dan lihat? Berserah kepada takdir yang menentukan! Qadak & qadar telah ditentukan oleh Allah kepada setiap manusia di muka bumi ini. Tapi, kenapa pula kita disuruh sentiasa berdoa memohon kebaikan dan sebagainya dari Allah? Sungguh abstrak untuk memahaminya kan. Banyak perkara nampak seperti kecil je masalahnya. Tapi, rumit juga bila difikirkan.

Sekarang ini masih lagi memenungkan penyelesaian untuk merungkai kekusutan dalam fikiran ini. Aku akan cuba sedaya mampu. Mengharap pertolongan dari Allah agar aku mempunyai kekuatan. Biarlah pengalaman ini mendewasakan aku ini untuk kebaikan aku menempuhi masa-masa yang bakal tiba.

Sekadar meluah rasa!!

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers