Tuesday, October 28, 2008

Pembelian helikopter ditunda



29 oktober 2008, setiap dada akhbar tempatan memaparkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC-725 bernilai RM1.67 bilion berikutan krisis kewangan global. Beberapa sebab dikemukakan oleh kerajaan bagi menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri pada 13 Oktober lalu. Sebab utama penangguhan tersebut yang didedahkan kepada media adalah kerana negara memerlukan peruntukan untuk membiayai projek yang lebih penting dan juga langkah penjimatan adalah lebih penting untuk menghadapi krisis kewangan global pada ketika ini.

Betulkah langkah yang diambil oleh kerajaan?

Kita harus teliti kembali apakah tujuan keputusan kerajaan sebelum ini untuk pembelian helikopter tersebut? Tujuan pembelian helikopter tersebut adalah untuk menggantikan khidmat nuri yang digunakan oleh pihak tentera selama ini. Keputusan menggantikan Nuri dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu berikutan banyak nahas membabitkan pesawat berkenaan. Keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk menggantikan Nuri adalah wajar untuk mengelak daripada mengalami lebih banyak kerugian pada masa akan datang. Begitu juga untuk mengelak berlaku nahas yang mengorbankan lebih banyak nyawa yang tidak ternilai harganya.

Pada ketika ini krisis kewangan global sedang membelenggu setiap negara dan langkah yang berhemat amatlah perlu. Sebelum ini kerajaan telah memutuskan untuk membeli 12 buah pesawat helikopter Eurocopter EC-725 bernilai RM1.67 bilion dan telah meluluskan untuk pembelian tersebut. Keputusan penangguhan serta-merta ini adakah telah difikirkan akan kesannya kepada negara?

Hubungan diantara sebuah negara dengan negara lain adalah melalui hudungan diplomatik yang dimetrai antara kedua negara yang terlibat. Urusan pembelian barangan keluaran negara lain adalah melibatkan perdagangan yang mana ia melibatkan urusan dua hala diantara negara. Adakah keputusan ini tidak menjejaskan hubungan tersebut? Sekiranya negara kita ini adalah di pihak pengeluar, apakah yang kita akan rasa dan fikir jika pembeli yang telah bersetuju untuk membeli produk kita dengan harga yang telah ditetapkan tetapi secara tiba-tiba telah mengambil keputusan untuk tidak membelinya pula. Pertimbangan sewajarnya adalah perlu untuk menghadapi keadaan ini. " Sedangkan hubungan antara kaum mesti dijaga, inikan hubungan antara dua negara."

Hubungan perdagangan yang dilakukan diantara mana-mana negara adalah menjadi perhatian dikalangan pelabur-pelabur mahupun penganalisis yang akan menilai keupayaan sesebuah negara. Sekiranya anda seorang mempunyai modal dan ingin melabur dengan seseorang yang lain, apakah yang anda akan lihat terlebih dahulu? Sudah tentu kita akan menilai kretiria seseorang itu terlebih dahulu. Kita akan menilai kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan, keupayaan dan sebagainya. Sekiranya rekod pencapaian kita tidak membanggakan sudah tentu akan mengurangkan minat pelabur untu datang melabur. Sesuatu isu yang berlaku di dalam sesebuah negara adalah amat sesitif untuk menarik minat para pelabur untuk melabur. Kestabilan ekonomi, politik, keselamatan dan sebagainya adalah suatu perkara yang amat penting untuk mendorong meningkatkan kehadiran pelabur untuk melabur.

Setiap keputusan kerajaan ataupun tindakan yang diambil oleh kerajaan akan dinilai oleh setiap orang dari sudut yang berbeza-beza. Walau apa pun, tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil dengan menilai pelbagai sudut termasuklah untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tindakan penangguhan pembelian helikopter ini juga ada yang mengatakan bahawa ia berpunca dari desas-desus yang mendakwa kononnya wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender pembelian Eurocopter. Tetapi Perdana Menteri menafikannya "Cadangan pembelian Eurocopter itu dibuat menerusi tender. Jadi mengapa perlu dipertikaikan," katanya.

Niat saya di sini adalah bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi sebagai rakyat Malaysia yang akan merasakan sesuatu kerana kita dianugerahkan akal fikiran oleh Allah yang Esa. Cuma cara pemikirannya sahaja yang berbeza. Pertama sekali apa yang saya, bukan orang lain melihat tindakan Perdana Menteri bertukar portfolio dengan timbalannya dan kemudiannya timbullah isu ini. Mengapa? Betul ke ini merupakan salah satu daripada tindakan dalam proses peralihan kuasa? Mengapa berpindah secara serta merta dari portfolio yang amat penting kepada portfolio yang boleh dikatakan lebih selamat? Ada konflikkah diantara PM dan timbalannya? Begitu juga dengan tindakan, banyak yang saya perhatikan ia dibuat secara mendadak. Betulkah tindakan sebegini? Apa pun itu antara persoalan dalam fikiran saya, orang lain entah lah. Sekian.

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers