Saturday, August 13, 2011

Hanya $20 dapat $200 sehari sekarang !!!

Lumayannya.. sudah tentu kita pernah melihat artikel iklan seperti yang saya copy dibawah ini. Kalau buka facebook selalu sahaja lihat iklan dok promote. Buat duit tu.. Mudah pulak tu..
Hanya $20 dapat $200 sehari sekarang !!! 

Lihat bukti penyata Maybank2u di wall saya sekarang !!! Bukan Skim Cepat Kaya , Tetapi ianya satu alternative utk kita mencari pendapatan tambahan hanya dgn mempromosikan link kita sendiri di dlm mana2 social networking yg kita join ( Facebook, Myspace, Tw...itter, Friendster dll.) Pengguna Facebook di Malaysia adalah 9.32 juta orang , Bayangkan berapa ramai yg akan join anda hanya dgn modal permulaan RM20 sahaja…Ari ni dapat lagi RM300 ... bestnyer.. DUIT RAYA ……….!!.. DUIT RAYA ……!!! ………..DUIT RAYA …..!!! Hanya RM20 sahaja ! Kejap2 org sms dah masukkan duit , Kejap2 org sms lagi masukkan ke akaun kita … Sangat mudah ..Masa makan org sms masukkan duit ..Masa shopping org sms masukkan duit ...Masa nak tido org sms masukkan duit .... 24 jam ... Bebas masalah ...Esok nak g ATM cek duit lagi... - Tak perlu jumpa orang - Tak perlu jual produk - Tak perlu cari orang , malah org akan cari kita utk join sama .. - Kerja kita hanya promote link sahaja … - Dapat RM300 hingga RM900 seminggu - Duit masuk tanpa henti ke akaun kita Daftar sekarang .... !!! -->> CARA MENDAFTAR ( Semudah 1 , 2 & 3 ) <<--- 1) Layari : www.modal20dapat200sekarang.tk 2) Klik : ‘ Daftar Di Sini ‘ ( Pastikan penaja anda ‘okcc2u’ ) 3) Logon dan klik ‘ aktifkan keahlian anda ‘ PERINGATAN !!! JIKA PENAJA ANDA BUKAN ‘ OKCC2U ‘. JANGAN TERUSKAN PENDAFTARAN ANDA KERANA IANYA SPAM . SMS : *** – ******* UTK PERTANYAAN SEGERA. FAKTA : AHLI YG TELAH MENDAFTAR ADALAH BARU 63,000 ORANG, PENGGUNA FACEBOOK DI MALAYSIA ADALAH 9.36 JUTA ORG..FIKIRKAN POTENSI INCOME ANDA..ANDA INGIN MENJADI YG TERAWAL ATAU YG TERAKHIR ?? RENUNG-RENUNGKAN...LANGKAH ANDA HANYA RM20 YG BAKAL MERUBAH STATUS KEWANGAN ANDA SEKARANG ...
Senangnya mendapat untung bukan. Setelah mendaftar, hanya tunggu duit masuk sahaja.
Persoalannya adakah ini suatu bentuk perniagaan? Apakah barangan yang dijual? Tiada barang yang diniagakan masakan boleh berlakunya akad jualbeli. Terfikir juga sebab dulu pernah juga ingin mencuba. Tetapi alhamdulillah belum terbuka hati untuk menyertainya.

Banyak persoalan lagi timbul dalam hati ini. Halalkah ini.? Tiada urusan jual beli pun boleh dapat untung. Hanya beberapa langkah yang diperlukan dan berpeluang mendapat untung yang lumayan. Daftar-Promote-Terima bayaran. Lagi banyak yang menjadi downline, lagi banyak bayaran masuk ke akaun bank. Maknanya siapa yang mula dulu banyak lah dia dapat kumpul bayaran dari downline.

Kalau diperhatikan ia seperti mengambil kesempatan terhadap orang lain. Walaupun RM20 itu nampak kecil, tapi sanggupkah anda jika kerana RM20 ini anda dibakar dalam api neraka?

Bukan apa, dikuatiri urusan yang dikatakan perniagaan online tidak halal disisi Islam. Seperti yang kita tahu, Jualbeli dalam Islam ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi barulah dia sah. Pertamanya rukun jual beli itu sendiri iaitu penjual, pembeli, barang yang dijual dan aqad jualbeli beserta dengan penyerahan barang pada waktu aqad. Tidak cukup rukun tidak sah jualbeli tersebut.
Jualbeli juga mesti tiada unsur lain yang tidak jelas yangmana ia boleh merosakkan aqad. Aqad yang dilakukan mestilah jelas. Tiada unsur-unsur yang meragukan yang mana boleh membawa terjadinya penipuan. Apatah lagi kalau ia berbentuk riba. Jelas ia haram.

Persoalan yang mesti dititik beratkan disini adalah, adakah perniagaan seperti ini betul perniagaan yang bertepatan dengan kehendak syarak? Selidikilah dahulu sebelum kita bermuamalat kerana dikuatiri ia membawa azab yang dasyat kelak diatas kejahilan kita sendiri. Sekadar renungan.
 

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers