This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, May 15, 2012

Melabur Dalam Pasaran Emas

EMAS, apa yang kita fikir jika kita tahu seseorang itu memiliki atau menyimpan banyak emas. Tidak kira dalam bentuk barang kemas untuk perhiasan atau dalam bentuk jongkong emas sebagai simpanan. Sudah tentu dalam hati kita akan berkata tentu orang ini banyak duit dapat membeli banyak emas.
Membeli emas untuk simpanan dan perhiasan sudah menjadi kebiasaan. Membeli emas untuk mendapatkan keuntungan mungkin baru bagi seseorang tetapi mungkin sudah tidak asing lagi pada seseorang. Dewasa ini emas mula menjadi satu sumber pelaburan untuk mendapatkan keuntungan yang berganda.

Bermula sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, harga emas sentiasa mengalami kenaikan harga sehingga kehari ini dimana masih lagi berada pada paras yang tinggi berbanding sepuluh tahun yang lalu. Menunjukkan bahawa pasaran emas mempunyai potensi yang baik bagi orang memanfaatkan peluang yang ada.

Sesiapa yang masih menyimpan emas yang dibeli pada sepuluh tahun yang lalu jika dijual pada hari ini amat besar keuntungan yang diperolehi. Inilah konsep asas pelaburan berbentuk emas. Berlainan dengan jual beli emas dilakukan di kedai-kedai emas. Mereka itu mengambil untung dari perbezaan harga yang dibeli dari pembekal dan dijual kepada pengguna dengan mendapat sedikit keuntungan.

Mereka juga akan mendapat keuntungan yang besar jika emas untuk dijual itu dibeli pada masa harga emas yang rendah dan dijual pada masa emas mengalami kenaikan harga. Apabila kita mengaitkan dengan pelaburan ini sudah tentu ia menunjukkan satu tempoh yang lama. Barulah ia dinamakan pelaburan.

Dalam setiap apa bentuk pelaburan yang dijalankan tidak dapat lari dari risiko. Cuma berbezanya dalam emas ini ia tidak sebesar pelaburan-pelaburan yang lain. Emas adalah sesuatu yang berharga. Nilainya tidak begitu tergugat walaupun mengalami kelembapan ekonomi. Berbeza dengan nilai matawang.

Kita boleh lihat sendiri nilai matawang dulu dan kini. Kalu dulu dengan seringgit kita dapat membeli sesuatu dan dengan seringgit pada hari ini apa yang kita dapat beli? Adakah sama benda yang dapat kita beli pada waktu dahulu itu? Sudah tentu jawapanya tidak sama. Tetapi kalu emas, kadar emas yang sama cuma nilai ia sangat berbeza.

Pelaburan emas memakan masa yang lama. Cuma risiko ia tidak begitu besar. Ia seakan kita membeli saham ada waktu harganya naik dan ada masa harganya juga turun. Berbeza dengan emas ini kita memiliki emas itu cuma harga emas itu mengalami perubahan. Kalau saham pula kita mempunyai apa? Risiko juga besar kerana ia bergantu pada prestasi syarikat yang mengeluarkan saham tersebuat dan persekitaran yang mempengaruhi syarikat tersebut termasuklah keadaan ekonomi semasa.

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers