Wednesday, February 11, 2009

Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB

11 Feb, 2009. Malaysiakini memperkatakan isu ini untuk tatapan umum. Pentingkah sebenarnya hak asasi manusia dipersoalkan oleh PBB? Siapa PBB itu? Undang-undang dunia adalah perlu tetapi ada hadnya. Kedaulatan negara-negara di seluruh dunia tidak boleh dinafikan dan sepatutnya dalam keadaan tertantu tidak boleh menggangu undang-undang yang diguna pakai di setiap negara. Undang-undang disetiap negara digubal adalah untuk keharmonian sesebuah negara itu. Sebelum PBB itu mempersoalkan negara lain atau pihak-pihak lain, cerminlah diri sendiri itu terlebih dahulu. Adakah engkau itu (PBB) berada di landasan yang betul? Betulkah engkau itu (PBB) memperjuangkan hak asasi manusia? Janganlah pula undang-undang hak asasi manusia ini dijadikan sebagi jalan untuk merosakkan negara-negara lain. Bodohnya undang-undang ini.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara. "Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson. Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi. Berhubung layanan terhadap pendatang asing, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras. "Seorang tahanan memberitahu HRW bagaimana Rela melayan mereka 'seperti binatang', menendang dan menumbuk tahanan tanpa alasan yang jelas. "Seorang lagi pendatang menjelaskan beliau dipukul oleh pegawai Rela sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari," kata Elaine. HRW juga berkata, Malaysia masih gagal menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi manusia yang utama.

www.malaysiakini.com

Elaine Pearson ni siapa? Engkau ini orang Malaysia kah? Engkau memang arif ke dengan keadaan di negara ini? Sebelum enggkau mempersoalkan negara orang lain, soal pertubuhan PBB itu terlebih dahulu. Selesaikan isu yang lebih besar terlebih dahulu sebelum nak cari kesalahan orang lain. Masalah yang ditimbulkan oleh negara-negara besar tidak dipersoalkan, negara yang kecil ini pula hendak yang diperbesarkan. Apa-apa hal pun, cerminlah diri dulu baru tengok orang lain.

Isu ISA ini sebenarnya perlu diteliti terlebih dahulu. Setiap sesuatu itu ada kebaikan dan ada keburukannya. Undang-undang ISA ini sudah tentu ia diwujudkan ada sebabnya dan tidak mungkin ia diluluskan jika tiada kepentingannya. Undang-undang diwujudkan mempunyai objektifnya sendiri, akan tetapi selalunya cara penguatkuasaan itu perlu diteliti. Adakah ia dilaksanakan dengan telus ataupun macam mana? Pemahaman tentang undang-undang itu juga adalah perlu untuk setiap orang mengetahui kerana jika seseorang yang tidak tahu mungkin banyak yang akan dipersoalkan. Apa pun, satu badan yang telus seharusnya ditubuhkan dalam memperkasakan setiap undang-undang yang diwujudkan. ketelusan adalah pertu untuk keharmonian sesebuah negara.

0 comments:

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers