Inilah dia harta-harta yang aku ada. Dalam hayat hidup setakat ini, ini aja yang aku ada. Lain-lain tak ada lagi. Dalam proses untuk mengumpul harta lain-lain lagi la kot. Kalau la panjang umur kan.
Yang ini moto kesayangan yang pertama kau. Dibeli masa tingkatan berapa tah, aku pun sudah lupa. Jasanya memang banyak la buat aku ini. Banyak la kenangan dari zaman sekolah hingga la zaman aku masuk kolej ngan masuk U jugak. Maknanya jauh perjalanan moto kapcai aku ini. Berulang beberapa kali masa belajar dekat kolej IKIP sehingga ia over dos. Lama juga dia tak benyawa masa over dos kerana susah nak repair masa berada di Kuantan. Bawak balik kampung pakai lori. Hehehe...