This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, March 13, 2009

The Toyota AE86

Toyota AE86
Jenama Toyota adalah tidak asing lagi dikalangan kita termasuklah di serata dunia. Tetapi model ini juga yang menarik minat saya untuk diisikan di sini. Model AE86 ini adalah generasi yang terbina daripada Toyota Corolla Levin dan Toyota Splinter Trueno dan merupakan generasi keliama di bawah Toyota Corolla. Ia juga merupakan sebuah jentera yang dibangunkan menggunakan rear wheel drive yang seakan-akan front wheel drive iaitu hanya roda belakang berperanan untuk menggerakkan jentera. Inilah yang membuatkan jentera AE86 ini amat digilai oleh sesiapa yang dikatakan kaki DRIFT. Manakala enginnya pula didatangkan menggunakan fuel-injected 4 silider twin-cam atau lebih dikenali dengan kod 4A-GE oleh pakar-pakar engin.

Engin 4A-GE inilah yang menjadi nadi penggerak kepada generasi kelima Corolla ini. Ianya didatangkan dengan dilengkapi dengan sistem T-VIS iaitu Toyota Variable Induction System yang menjadikan enginnya lebih berkuasa. Teknologi yang dihasilkan untuk dimuatkan di dalam AE86 ini adalah yang boleh dibanggakan diantara pesaing-pesaing sezaman dengannya. Dan kerana itulah membuatkan AE86 terus gah namanya ke hari ini selain dari reka bentuknya yang amat menarik.

Di atas ini merupakan transformasi perubahan kepada generasi penghasilan engin yang dibangunkan oleh Toyota. AE86 ini merupakan kenderaan yang menggunakan engin generasi pertama fuel-injected 4 silider twin-cam seperti apa yang dilengkapi pada Toyota MR2 pada waktu itu. Apapun AE86 ini mempunyai dua gaya yang berbeza iaitu pada style lampu depan yang berbeza dan untuk lebih jelas lihatlah di bawah ini yang mana lebih mengancam diantara keduanya.


Yang sebelah kiri ini adalah dikenali dengan nama Toyota Corolla Trueno AE86 dimana lampu depannya tertutup dan disebelah kana pula dikenali dengan nama Toyota Corolla Levin GT APEX AE86 yang mana lampu depannya tidak boleh diubah. Walau apapun pada saya keduanya mempunyai tarikannya tersendiri. Apa kata anda? Tepuk dada tanya lah diri sendiri.

Wednesday, February 11, 2009

Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB

11 Feb, 2009. Malaysiakini memperkatakan isu ini untuk tatapan umum. Pentingkah sebenarnya hak asasi manusia dipersoalkan oleh PBB? Siapa PBB itu? Undang-undang dunia adalah perlu tetapi ada hadnya. Kedaulatan negara-negara di seluruh dunia tidak boleh dinafikan dan sepatutnya dalam keadaan tertantu tidak boleh menggangu undang-undang yang diguna pakai di setiap negara. Undang-undang disetiap negara digubal adalah untuk keharmonian sesebuah negara itu. Sebelum PBB itu mempersoalkan negara lain atau pihak-pihak lain, cerminlah diri sendiri itu terlebih dahulu. Adakah engkau itu (PBB) berada di landasan yang betul? Betulkah engkau itu (PBB) memperjuangkan hak asasi manusia? Janganlah pula undang-undang hak asasi manusia ini dijadikan sebagi jalan untuk merosakkan negara-negara lain. Bodohnya undang-undang ini.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara. "Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson. Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi. Berhubung layanan terhadap pendatang asing, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras. "Seorang tahanan memberitahu HRW bagaimana Rela melayan mereka 'seperti binatang', menendang dan menumbuk tahanan tanpa alasan yang jelas. "Seorang lagi pendatang menjelaskan beliau dipukul oleh pegawai Rela sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari," kata Elaine. HRW juga berkata, Malaysia masih gagal menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi manusia yang utama.
www.malaysiakini.com

Elaine Pearson ni siapa? Engkau ini orang Malaysia kah? Engkau memang arif ke dengan keadaan di negara ini? Sebelum enggkau mempersoalkan negara orang lain, soal pertubuhan PBB itu terlebih dahulu. Selesaikan isu yang lebih besar terlebih dahulu sebelum nak cari kesalahan orang lain. Masalah yang ditimbulkan oleh negara-negara besar tidak dipersoalkan, negara yang kecil ini pula hendak yang diperbesarkan. Apa-apa hal pun, cerminlah diri dulu baru tengok orang lain.

Isu ISA ini sebenarnya perlu diteliti terlebih dahulu. Setiap sesuatu itu ada kebaikan dan ada keburukannya. Undang-undang ISA ini sudah tentu ia diwujudkan ada sebabnya dan tidak mungkin ia diluluskan jika tiada kepentingannya. Undang-undang diwujudkan mempunyai objektifnya sendiri, akan tetapi selalunya cara penguatkuasaan itu perlu diteliti. Adakah ia dilaksanakan dengan telus ataupun macam mana? Pemahaman tentang undang-undang itu juga adalah perlu untuk setiap orang mengetahui kerana jika seseorang yang tidak tahu mungkin banyak yang akan dipersoalkan. Apa pun, satu badan yang telus seharusnya ditubuhkan dalam memperkasakan setiap undang-undang yang diwujudkan. ketelusan adalah pertu untuk keharmonian sesebuah negara.

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT

Sedang kita masih merasai keamanan, Kesengsaraan menimpa mereka di Palestine,
Sedang bumi kita bermandikan hujan, Bumi Palestine pula dihujani peluru yang membunuh,
Sedang kita bermain air yang jernih lagi suci, Bumi Palestine pula dicemari darah penghuninya.

Dimanakah keprihatinan kita?
Sanggupkah kita memboikot semua ini? Tidak dapat tidak, Wajip kita cuba sedaya yang mampu walaupun sekadar memboikot. InsyaAllah, ALLAH Yang Maha Esa membatu kita dalam membantu orang yang sedang dianiaya. Ikhlaskan lah hati kerana ALLAH agar natijahnya memberi kesan kepada musuh Islam itu walaupun sedikit.

MARI BERJIHAD

Wahai umat-umat Islam dan saudara-saudaraku seagama yang menegakkan Islam. Marilah sama-sama kita kita bersatu berjihad menjulang keagungan Islam yang sici ini. Sama-samalah kita membantu saudara kita di Palestine yang sedang rakus nyawa mereka dibunuh oleh rejim zionis yahudi laknatulLAH. Bantulah saudarakita sedaya yang mampu walaupun hanya mampu memanjatkan doa kepada ALLAH yang Esa.


Bantulah saudara kita yang sedang berada di barisan hadapan untuk menetang musuh Islam yang gila kuasa untuk menghancurkan umat Islam.

Marilah kita menyucikan diri dengan menetapkan kita dengan panji ini. Tegakkan lah kembali kalimah suci ini. Sama-samalah kita menegakkan dengan penuh yakin mentauhidkan agama Allah. ALLAHU AKHBAR!!!

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers