This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, December 8, 2009

Insafilah



Rasulullah s.a.w bersabda: Penghulu istighfar ialah:-

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْب إِلاَّ أَنْتَ
Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah mencipta ku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, Aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu, Dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku, oleh itu, ampunkanlah aku, Kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali hanyalah Engkau. (h.r. Bukhari)
Sebagai pedoman buat diri dan rakan-rakan.

Saturday, November 21, 2009

My Home

This is my Home.. Kedudukan yang paling tinggi di atas bukit dekat kg aku. nak datang umah boleh ajer.

Di bawah, gambar moto yg kecik ni, moto aku zaman skolah dulu. Dan yang nampak baru tu kenderaan aku sekarang. Yang lama bapak tiri dekat umah yang guna. Tu pon jarang-jarang jer naik. Bila aku balik kampung, aku juga yang panaskan enjinnya.

Blog DPLI-UDM Banner


Akhirnya.. berjaya juga aku menghasilkan banner ini.. Entah lah cantik ke tidak. Tapi, aku telah mengenakannya pada blog DPLI-UDM untuk tatapan rakan-rakan. Pada kawan-kawan nak kenal budak-budak DPLI-UDM pon boleh. Ni alamat blognya yer. http://dpliudm.blogspot.com/

Friday, November 6, 2009

Mencari Hidayah dan Ketetapan dari ILAHI

Sekian lama pencarian dengan usaha untuk mengubah kehidupan di masa akan datang. Berkat doa yang di pohon kepada ALLAH telah menunjukkan lorong kebenaran untuk aku dalam mencari keradhaan dan keberkatan dariNYA. Beberapa tahun mencari kemanakah hala tuju hidup ini yang sentiasa kabur pada ketika dahulu. Walaupun mempunyai sedikit kelulusan, ianya tidak jua menjamin kesenangan tanpa usaha dan pengharapan daripada pemberian dari Tuhan Yang Esa.

Bersyukur kini kekaburan dan kegusaran dibenak hati ini telah ditunjuki lorong kebenaran lagi mulia untuk aku meneruskan kehidupan sebagai HambaNYA di alamNYA ini. Percayalah dan yakinlah bahawa:
Segala urusan kehidupan di dunia ini adalah ketetapan dariNya. Kita hanya khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir apa yang telah disediakan di alam ini. Sedarlah hidup kita di dunia ini adalah ujuan semata-mata. Sesuatu yang baik mahupun yang buruk adalah ujian buat kita. Kekayaan yang diberikan adalah ujian, begitu juga kemiskinan adalah ujian buat kita. Maka kembalilah kepada ALLAH sepertiman yang telah digariskan dan telah diajarkan serta disampaikan oleh pesuruhNYA kepada kita. Oleh itu sentiasalah memohon keampunan dan hidayah dari ALLAH untuk kebaikan di dunia ini mahupun di akhirat.
Perjalanan kehidupan harus diteruskan walau dengan apa cara sekalipun. Berputus asa bukan jalan penyelesaian di dalam menyusuri liku-liku kehidupan. Pelbagai dugaan dan ujian yang akan mendatang yang harus ditempuhi dengan penuh kesabaran. Yakinlah ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan setiap yang berlaku ada rahmat dariNYA. Rahmat itu pula tidak akan kita rasai melainkan kita sentiasa berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. Aku amat bersyukur dengan kehendakNYA yang telah meletakkan aku ini di landasan yang benar. Aku kini baru selangkah berpijak untuk dipanggil seorang Pendidik. Wassalam.

Tuesday, October 20, 2009

HP Pavilion DV2-1003AX

HP Pavilion DV2-1007AX adalah notebook dilengkapi dengan AMD Athlon baru Neo prosesor, berjalan pada 1,6 GHz. CPU ini direkabentuk untuk ultrathin notebook, menjanjikan performa yang lebih baik berbanding Intel Atom, serta operasi dingin dan bateri yang tahan lama. Dipasangkan dengan 2GB RAM, yang HP Pavilion DV2-1007AX mempunyai cukup tenaga kuda untuk menjalankan Vista.



HP Pavilion DV2-1007AX Spesifikasi
Processor
Processor AMD Athlon Neo MV-40 1.6GHz
RAM
2GB DDR2
Harddisk
320GB
Display
12.1"
Graphics
ATI Radeon HD 512MB VRAM 3.410
Sistem Operasi
Windows Vista Home Premium
Bobot
1.7kg
Kesambungan
WiFi, Bluetooth
Kamera
1.3Mega Pixels
Bateri
6 sel
Lain
Card-Reader, DVD-RW


Processor
Neo AMD Athlon ™ Processor untuk Laptop Ultrathin
Model
MV-40
OPN Tray
AMGMV40OAX4DX
OPN PIB
N / A
Operating Mode 32 Bit
Ya
Operating Mode 64 Bit
Ya
Frekuensi (MHz)
1600
System Bus Speed (MHz)
1600
Wattage
15 W
L2 Cache Size
512
Teknologi Proses
65nm SOI
Paket / Infrastruktur Socket
ASB1
Virtualisasi

Wednesday, October 7, 2009

H1N1 made by this people



Why they must do like this?

Thursday, May 7, 2009

Kisah Teladan

Friday, April 24, 2009

The 4AGE Engine

Sunday, April 5, 2009

Sinar Dihujung Senja

Peredaran arus dunia amat deras berlalu. Dalam tak sedar, anak-anak yang kecil telah menjadi dewasa, yang dewasa pula berada di zaman tua dan yang tua hanya mengunggu detik penghujug usia. Telah menjadi lumrah kehidupan di dinia ini setiap permulaan ada penghujungnya.

Adapun setiap agama ada menbicara tentang dosa dan mejadi larangan setiap manusia itu dari melakukan dosa. MENGAPA? Tanyalah diri kita mengapa larangan melakukan dosa itu menjadi suatu larangan dalam setiap agama. Kita dianugrahkan akal fikiran, maka fikirkanlah. Walau apapun, manusia ini tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang dianggap berdosa dari sisi agama.

Anak-anak muda di akhir zaman ini, amat sedih keadaannya, telah hanyut dibuai keseronokan dunia dan telah tersisih dari penghayatan agama. Apa sudah terjadi dengan kehidupan di akhir zaman ini? Sedikit petikan untuk tatapan umat Islam mahupun bukan Islam yang mempercayai dosa dan pahala serta adanya hari pembalasan di hari akhirat kelak.

:قال الله تعالي
{ إن الحسنات يذهبن السيئات }
[Maksudnya: Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan]

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم
:
واتبع
السيئة الحسنة تمحها
[Rasulullah bersabda: dan ikutilah kejahatan itu dengan mengerjakan kebaikan, supaya kebaikan itu dapat menghapuskannya (kejahatan)]

Berdasarkan keratan Al-Quran dan Hadith ini menggambarkan kita betapa mulianya agama Islam yang diwahyukan untuk sekalian manusia. Janganlah menjadi suatu penyesalan dan terus berputus asa akan kesilapan yang telah dilakukan di dunia ini lalu terus pasrah dengan dosa yang sering menghentui jiwa. Janganlah kita terushanyut dan membiarkan terus dihanyutkan oleh maksiat dan terus dibayangi dosa-dosa.

Allah s.w.t adalah yang Maha Pengampun dan akan mengampunkan segala dosa sesiapa yang memohon keampunan daripadaNya. Secara kasar, dari petikan wahyu dan sunnah di atas manyatakan dengan mengerjakan sesuatu kebaikan ia boleh menghapuskan dosa. Inilah sebenarnya gambaran yang menerangkan bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengampun. Di sini kita dapat lihat, hanya dengan melakukan kebaikan dapat menghapuskan dosa. Jadi, sekiranya kita sentiasa berdoa lagi ikhlas memohon keampunan kepadaNya, sudah tentu Allah s.w.t lagi mudah dan senang untuk memakbulkan doa dan mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar.

Yang jelasnya, agama Islam tidak pernah menyusahkan umatnya dalam semua keadaan. Yang menyusahkan adalah dikalangan umatnya sendiri. Memohon keampunan dari Tuhan Yang Esa tidak perlu untuk menyakiti tubuh badan kita cuma hanya perlu memanjatkan doa untuk memohon keampunan. Doa dipohon agar keampunan diterima. Dan doanya pula tidaklah hanya perlu untuk berdoa ditempat tertentu sahaja, bahkan doa boleh dipohon dimana-mana asalkan kita selesa dan lapang untuk ikhlas berdoa kepadaNya.

Akhir kata, Tiada dosa yang tidak diampunkan melainkan dosa-dosa besar yang perlu kepada taubat dengan sebenar-benar ikhlas menginsafi dosa yang dilakukan. Sekian.

Saturday, April 4, 2009

RM 10.00

RM 10.00 menjadi kenanganWang kertas ini memberi suatu kenangan kepadaku, kebetulan semuanya adalah kehendak Ilahi. Ketika sedang mengecapi kenikmatan di dunia, tidak disangka terjumpa wang didalam dompetku terpapar angka tersebut. Pada aku ia adalah suatu yang istimewa dan pada org lain sudah tentunya tidak. 1982 tercoret padanya membuatkan aku tertarik dan pada ketika itu juga adalah suatu hari yang gembira buatku. 01.09.1982 adalah lahirnya aku kedunia ini, dan yang menjadikannya lagi bermakna adalah kerana waktu aku terperasan angka ini adalah diwaktu aku sedang bersama siDia. Woooo.. hehehe.. Nothing to say dah..

Saturday, March 14, 2009

Mimpi Dari Perspektif Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36

Menyimpulkan
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  2. Mimpi orang ramai dizaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A .W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah Subhana huwataala. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
  5. Mimpi orang awam bukan "hujah" terhadap suatu hukum atau suatu kenyataan.
Persoalannya, dimanakah kedudukan mimpi kita pada zaman ini? Pernah kita dengar dan lihat liputan akhbar dan media-media massa sebelum ini mendedahkan kematian ahli keluarga yang dipukul teruk oleh bomoh yang kononnya kaedah perubatan tradisionalnya yang diilhamkan melalui mimpi boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi natijahnya, Mati katak si pesakit dibuatnya! Oleh itu, Renung-renungkanlah.

Kenangan Bersama Rakan Satu Perjuangan

Dalam Kenangan
Last generation IKIP-UM
Yg tak datang waktu begambar
  • Pejal
  • Syuk
  • Apiz
  • Azhar
  • Lokman & Poji (lom grad lg waktu ni)
  • Yg pompuan ada lagi rasanya yg tak datang. Sorry yer tak berapa nak ingat.
Doa Perpisahan
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Friday, March 13, 2009

Satria Neo CPS & Satria Neo R3

Dua model Satria Neo menjadi pilihan saya dan munkin anda juga.

Satria Neo CPS
Satria Neo R3

CPS & R3 Enjin


Pada ketika ini, Cam Pro adalah nadi penggerak kereta keluaran proton tempatan yang dimuatkan di dalam keluaran medol Waja, Gen2, Pesona dan Satrian Neo serta MPV yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. CPS (Cam Profile Switching system) adalah teknologi yang dibangunkan untuk meningkatkan prestasi enjin Cam Pro. Kebanyakan keluaran model terbaru proton dilengkapi teknologi CPS. Untuk bercerita dengan lebih jelas tentang kelebihan engin ini, perlulah bertanya pada yang pakar atau anda cubalah sendiri. Cuma di sini saya muatkan dua model Satria Neo yang saya rasakan ia smart lagi sporty.

Untuk mendapat maklumat yang lebih lagi bolehlah melayari www.paultan.org.

MEM Proton Satria Neo S2000

Satria Neo S2000 for Rally
This is the MEM Proton Satria Neo Super 2000 Rally Car by Mellors Elliot Motorsport.

Siapa sangka cita-cita untuk bersaing dipersadar dunia akan menjadi kenyataan. Usaha Proton untuk bersaing dan mengukuhkan penjenamaannya diantara pengeluar kenderaan diseluruh dunia telah melahirkan jentera ini. Ingin mengetahui lebih lanjut perkembangannya anda boleh layari di www.paultan.org dan www.memuk.com.

The Toyota AE86

Toyota AE86
Jenama Toyota adalah tidak asing lagi dikalangan kita termasuklah di serata dunia. Tetapi model ini juga yang menarik minat saya untuk diisikan di sini. Model AE86 ini adalah generasi yang terbina daripada Toyota Corolla Levin dan Toyota Splinter Trueno dan merupakan generasi keliama di bawah Toyota Corolla. Ia juga merupakan sebuah jentera yang dibangunkan menggunakan rear wheel drive yang seakan-akan front wheel drive iaitu hanya roda belakang berperanan untuk menggerakkan jentera. Inilah yang membuatkan jentera AE86 ini amat digilai oleh sesiapa yang dikatakan kaki DRIFT. Manakala enginnya pula didatangkan menggunakan fuel-injected 4 silider twin-cam atau lebih dikenali dengan kod 4A-GE oleh pakar-pakar engin.

Engin 4A-GE inilah yang menjadi nadi penggerak kepada generasi kelima Corolla ini. Ianya didatangkan dengan dilengkapi dengan sistem T-VIS iaitu Toyota Variable Induction System yang menjadikan enginnya lebih berkuasa. Teknologi yang dihasilkan untuk dimuatkan di dalam AE86 ini adalah yang boleh dibanggakan diantara pesaing-pesaing sezaman dengannya. Dan kerana itulah membuatkan AE86 terus gah namanya ke hari ini selain dari reka bentuknya yang amat menarik.

Di atas ini merupakan transformasi perubahan kepada generasi penghasilan engin yang dibangunkan oleh Toyota. AE86 ini merupakan kenderaan yang menggunakan engin generasi pertama fuel-injected 4 silider twin-cam seperti apa yang dilengkapi pada Toyota MR2 pada waktu itu. Apapun AE86 ini mempunyai dua gaya yang berbeza iaitu pada style lampu depan yang berbeza dan untuk lebih jelas lihatlah di bawah ini yang mana lebih mengancam diantara keduanya.


Yang sebelah kiri ini adalah dikenali dengan nama Toyota Corolla Trueno AE86 dimana lampu depannya tertutup dan disebelah kana pula dikenali dengan nama Toyota Corolla Levin GT APEX AE86 yang mana lampu depannya tidak boleh diubah. Walau apapun pada saya keduanya mempunyai tarikannya tersendiri. Apa kata anda? Tepuk dada tanya lah diri sendiri.

Wednesday, February 11, 2009

Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB

11 Feb, 2009. Malaysiakini memperkatakan isu ini untuk tatapan umum. Pentingkah sebenarnya hak asasi manusia dipersoalkan oleh PBB? Siapa PBB itu? Undang-undang dunia adalah perlu tetapi ada hadnya. Kedaulatan negara-negara di seluruh dunia tidak boleh dinafikan dan sepatutnya dalam keadaan tertantu tidak boleh menggangu undang-undang yang diguna pakai di setiap negara. Undang-undang disetiap negara digubal adalah untuk keharmonian sesebuah negara itu. Sebelum PBB itu mempersoalkan negara lain atau pihak-pihak lain, cerminlah diri sendiri itu terlebih dahulu. Adakah engkau itu (PBB) berada di landasan yang betul? Betulkah engkau itu (PBB) memperjuangkan hak asasi manusia? Janganlah pula undang-undang hak asasi manusia ini dijadikan sebagi jalan untuk merosakkan negara-negara lain. Bodohnya undang-undang ini.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara. "Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson. Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi. Berhubung layanan terhadap pendatang asing, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras. "Seorang tahanan memberitahu HRW bagaimana Rela melayan mereka 'seperti binatang', menendang dan menumbuk tahanan tanpa alasan yang jelas. "Seorang lagi pendatang menjelaskan beliau dipukul oleh pegawai Rela sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari," kata Elaine. HRW juga berkata, Malaysia masih gagal menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi manusia yang utama.
www.malaysiakini.com

Elaine Pearson ni siapa? Engkau ini orang Malaysia kah? Engkau memang arif ke dengan keadaan di negara ini? Sebelum enggkau mempersoalkan negara orang lain, soal pertubuhan PBB itu terlebih dahulu. Selesaikan isu yang lebih besar terlebih dahulu sebelum nak cari kesalahan orang lain. Masalah yang ditimbulkan oleh negara-negara besar tidak dipersoalkan, negara yang kecil ini pula hendak yang diperbesarkan. Apa-apa hal pun, cerminlah diri dulu baru tengok orang lain.

Isu ISA ini sebenarnya perlu diteliti terlebih dahulu. Setiap sesuatu itu ada kebaikan dan ada keburukannya. Undang-undang ISA ini sudah tentu ia diwujudkan ada sebabnya dan tidak mungkin ia diluluskan jika tiada kepentingannya. Undang-undang diwujudkan mempunyai objektifnya sendiri, akan tetapi selalunya cara penguatkuasaan itu perlu diteliti. Adakah ia dilaksanakan dengan telus ataupun macam mana? Pemahaman tentang undang-undang itu juga adalah perlu untuk setiap orang mengetahui kerana jika seseorang yang tidak tahu mungkin banyak yang akan dipersoalkan. Apa pun, satu badan yang telus seharusnya ditubuhkan dalam memperkasakan setiap undang-undang yang diwujudkan. ketelusan adalah pertu untuk keharmonian sesebuah negara.

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT

Sedang kita masih merasai keamanan, Kesengsaraan menimpa mereka di Palestine,
Sedang bumi kita bermandikan hujan, Bumi Palestine pula dihujani peluru yang membunuh,
Sedang kita bermain air yang jernih lagi suci, Bumi Palestine pula dicemari darah penghuninya.

Dimanakah keprihatinan kita?
Sanggupkah kita memboikot semua ini? Tidak dapat tidak, Wajip kita cuba sedaya yang mampu walaupun sekadar memboikot. InsyaAllah, ALLAH Yang Maha Esa membatu kita dalam membantu orang yang sedang dianiaya. Ikhlaskan lah hati kerana ALLAH agar natijahnya memberi kesan kepada musuh Islam itu walaupun sedikit.

MARI BERJIHAD

Wahai umat-umat Islam dan saudara-saudaraku seagama yang menegakkan Islam. Marilah sama-sama kita kita bersatu berjihad menjulang keagungan Islam yang sici ini. Sama-samalah kita membantu saudara kita di Palestine yang sedang rakus nyawa mereka dibunuh oleh rejim zionis yahudi laknatulLAH. Bantulah saudarakita sedaya yang mampu walaupun hanya mampu memanjatkan doa kepada ALLAH yang Esa.


Bantulah saudara kita yang sedang berada di barisan hadapan untuk menetang musuh Islam yang gila kuasa untuk menghancurkan umat Islam.

Marilah kita menyucikan diri dengan menetapkan kita dengan panji ini. Tegakkan lah kembali kalimah suci ini. Sama-samalah kita menegakkan dengan penuh yakin mentauhidkan agama Allah. ALLAHU AKHBAR!!!

Graf Harga Emas Semasa


gold price charts provided by goldprice.org

gold price charts provided by goldprice.org

Followers